Bayi empat bulan didera
23 Jun 2012
KULIM - Seorang bayi lelaki berusia empat bulan dilaporkan didera dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Kulim setelah mengalami masalah pernafasan.
Pihak hospital yang menghubungi Balai Polis Kulim menyatakan, terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badan dan muka mangsa.
Melihatkan keadaan mangsa semakin tenat, bayi malang itu kemudiannya dipindahkan ke Hospital Alor Setar untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun, doktor pakar terpaksa menjalankan pembedahan segera di bahagian kepala mangsa setelah mendapati ada kesan darah beku.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, keadaan mangsa dilaporkan stabil setakat ini dan polis akan menyiasat kes ini mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak.
No comments:
Post a Comment