Friday, June 22, 2012

Ada Orang Kat Kedah Hilang Akal DOk Buat Kerja Conteng Sana Conteng Sini...

Papan tanda pertabalan Agong diconteng

Papan tanda pertabalan Agong diconteng
Paparan yang diconteng dengan perkataan berunsur politik di Padang Terap.
 
ALOR SETAR - Jabatan Penerangan Kedah kesal dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak mencemarkan papan tanda pertabalan Yang di-Pertuan Agong dengan perkataan yang mempunyai unsur politik.

Pengarahnya, Dr Haniff Hassan berkata, contengan pada papan di lokasi yang berjarak kira-kira 100 meter dari Bulatan Persimpangan Naka/Padang Kerasak, Padang Terap itu disedari Pegawai Penerangan Daerah Padang Terap.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap di Kuala Nerang, semalam. “Paparan itu diconteng oleh individu tidak bertanggungjawab dengan perkataan ‘Undilah Pas’ dan ‘Syurga’, dengan  menggunakan semburan cat warna hijau. Kita tidak menuduh manamana parti politik terlibat dalam hal ini,” katanya.

Haniff berkata, perbuatan itu amat dikesali kerana tindakan menconteng paparan itu dengan perkataan politik adalah tidak wajar kerana institusi istana adalah bebas daripada kaitan dengan mana-mana parti politik.

“Kita kecewa lebih-lebih lagi kerana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Sultan Kedah, dan perkara ini pula berlaku di negeri baginda sendiri. Saya percaya perkara itu dilakukan oleh rakyat Kedah kerana insiden ini berlaku di sini,” katanya.

Menurutnya, pihaknya kesal kerana rakyat negeri ini sanggup bertindak demikian semata-mata mempunyai agenda politik seolah-olah cuba mengheret institusi raja dalam kancah politik.

“Kita percaya jika perkara ini dipersembahkan kepada Tuanku, mungkin baginda akan murka, Sehubungan itu, kita berharap perkara seumpama ini tidak akan berulang,” katanya.

No comments:

Post a Comment