Thursday, June 28, 2012

Pendedahan Azan Ditawar RM5 Juta Terlewat



http://www.msomelayu.blogspot.com

Ada sedikit musykil yang menghempak kepala saya tentang pendedahan ahli parlimen Indra Mahkota Pahang Azan Ismail yang memberi tahu kononnya dia pernah ditawar lebih RM5 juta supaya melompat ke BN. Kejadian itu dakwanya berlaku pada 27 Januari 2010 di sebauh hotel di Kuala Lumpur. Katanya urusan lompat itu dijalankan oleh seseorang yang dihormati dan rapat dengan pemimpin atasan UBN? Siapa.

Azan membuat pendedahan itu semalam di parlimen sehari sebelum berakhirnya sidang parlimen sesi ini. Bagaimana pun beliau tidak menghurai lanjut mengenai rancangan tawaran untuk membeli beliau itu.

Azan Ismail
Yang saya musykilkan kenapa baru hari ini Azan mengambil keputusan membuat pendedahan itu? Kenapa tidak dua tahun lepas? Sepatutnya kejadian-kejadian seperti itu didedah awal bukan dibungkus dalam guni rahsia dan diperakkan di jerung dinding. Hal-hal sebegitu patut didedahkan di saat PKR berada di dalam kritikal sewaktu beberapa ahlinya keluar meninggalkan PKR.

Tetapi nampaknya Azan mendiamkan diri dan tidak membuat apa-apa tindakan untuk membela dan mempertahankan dirinya. Apakah beliau waktu itu juga 'fikir tidak putus' mengenai tawaran itu. RM5 juga banyak wo... kalau dibelanjakan sejuta setahun boleh bertahan selama lima tahun?

Jadi bila hari ini baru didedahkan menyebabkan ia akan ditafsir dengan berbagai tafsiran dari kitab-kitab politik prejudis. Apakah Azan hendak menunjukkan yang beliau setia dengan parti dan seorang wakil rakyat berprinsip? Kalau begitu caranya ternyata tindakan itu kurang bijak dan tidak menguntungkan PKR kerana kesetiaan itu lewat dinyatakan.

Atau pun dengan pendedahan itu Azan ingin jadikan modal untuk dipilih bertanding dalam pilihan akan datang setelah merasakan beliau seperti diperkecil-kecilkan kini?

Berbagai kemungkinan akan ditafsir dan diterjemahkan. Saya melihat Azan terpaksa mendedahkan akan kesetiaan dan pengorbanannya kepada parti kerana untuk mendapat penilaian pucuk pimpinan partinya terhadap pengorbanan dan jasanya kepada parti itu kemudian diharap dipilih lagi menjadi calon.

Kedudukan Azan di Terengganu kini katanya dalam keadaan tidak menentu. Rakan PKR, Pas Terengganu tidak bersedia untuk bekerjasama dengan Azan. Azan kini adalah pengerusi perhubungan PKR Terengganu. Sehingga ini belum ditentukan kerusi mana yang akan diberikan kepada Azan untuk ditandinginya. Kerusi Indra Mahkota yang dimenangi dalam pilihan raya 2008 khabarnya akan diserahkan kepada pengerusi PKR Pahanag Fauzi Abdul Rahman?

Berbalik pendedahan kononnya beliau ditawar RM5 juta itu, sebenarnya kejadian itu bukannya Azan seorang tetapi ada beberapa ahli parlimen lain yang turut sama ditawar ini termasuklah ahli parlimen Ketereh Abdul Aziz Kadir. Aziz tidaklah pula memendamkan tawaran dalam keadaan berfikir tidak putus kerana beliau awal-awal sudah memaklumkan tawaran itu.

Seharusnya pengerusi PKR Terengganu itu meniru apa dilakukan pengerusi PKR Kelantan itu, mendedah kejdian itu awal-awal dan bukan menanti saat-saat akhir menjelang ayam berkokok yang menandakan pilihan raya akan tiba. [wm.kl.8:08 am 28/06/12]

No comments:

Post a Comment