TERUS TERANG SAHAJA MEDIA KITA MEMANG BANGSAT
Oleh: WFAUZDIN NS
RAIS YATIM, Menteri Komunikasi dan Kebudayaan pada 7 Jun lepas berkata parti politik akan dibenarkan membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi RTM setelah kertas Kabinet mengenainya diluluskan Jemaah Menteri. Ada yang percayakah dengan cakap-cakap Ahli Parlimen Jelebu yang kuat berbohong ini?
Jika Rais Yatim yang dahulunya pernah `membakar jambatan' dengan Umno kemudian melutut semula dengan Umno untuk cari makan, adakah rakyat boleh percaya lagi dengan beliau? Berkenaan kebenaran parti-parti politik untuk membentangkan manifesto masing-masing melalui RTM, belum pun sempat ianya dilaksanakan, ada pencacai lain tolong jelaskan apa yang Rais Yatim maksudkan itu. Pengerusi SPR bercakap bagi pihak Rais Yatim iaitu hanya rakaman sahaja dibenarkan.
Ertinya, kita bentangkan manifesto dan RTM rakam, kemudian akan disiarkan. Orang gila mana yang percaya jika rakaman dibuat kemudian disiarkan tanpa disunting? Siapa tidak kenal media di bawah kawalan Umno ini? Kononnya jika manifesto dibuat secara langsung, nanti ada yang tidak terkawal contohnya mengaibkan seseorang pemimpin.
Semenjak bila RTM peka dengan kerja-kerja mengaibkan pemimpin ini? Pengerusi SPR tidak pernah menonton TV kah? Sudah bertahun media haprak ini buat kerja mengaibkan pemimpin pembangkang. Daripada isu yang dicipta-cipta sehinggalah kepada isu seks dan lucah, mana pernah media ini berhenti sehingga sekarang? Mengapa di dalam bab manifesto ini bukan main lagi Pengerusi SPR ini mengampu Rais?
Sudahlah. Cakap sahaja terus terang memang tiada kebebasan media di dalam negara ini sebab kita kenal siapa Pengerusi SPR ini. Bangsat sungguh./wfauzdin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment