Surat terbuka untuk Menteri Kewangan
Setelah menunggu selama 6 bulan 17 hari dari tarikh surat SULIT KE.HG (85) 410/01-4.klt6.sk.2 diterima pada 13.12.2011, maka pada hari ini 21.06.2012 telah terbukti dan sahehlah apa yang menjadi tanggapan kami selama ini bahawa kami (Penolong Pengarah kastam Gred W44 lantikan Penguasa Kastam W41 tahun 1991-1996) seramai lebih kurang 300 orang berterusan dikhianati dan dianiayai oleh JKDM.
Tanggapan kami bahawa kami dipermainkan telah timbul memandangkan surat tersebut kami terima 6 bulan selepas ianya berkuatkuasa (20.6.2011). Ini hanya nak menunjukkan bahawa PSMK Jabatan yang diketuai oleh Pegawai PTD ada membuat kerja.
Tanggapan kami bahawa kami dipermainkan telah timbul memandangkan surat tersebut kami terima 6 bulan selepas ianya berkuatkuasa (20.6.2011). Ini hanya nak menunjukkan bahawa PSMK Jabatan yang diketuai oleh Pegawai PTD ada membuat kerja.
Keadaannya mula parah apabila "KP Ma'asum" menerajui JKDM. Tanpa satu merit yang konsisten KP ini menaikkan pangkat mana-mana pegawai yang menjadi kroni beliau walaupun pegawai tersebut tersangat 'junior'. Malah KP ini pernah memeram proses kenaikan pangkat selama 2 tahun kerana tiada kroni beliau yang layak Bayangkan perasaan pegawai yang telah 20 tahun berkhidmat dibandingkan pengalaman dengan pegawai yang baru 10 tahun berkhidmat tetapi telah dinakkan ke gred 48.
Keadaan ini terusa-terusan berlaku bila "KP Kitar Semula" memegang tampuk JKDM. Malah dalam era ini pegawai "rank & file" pula mendapat manfaat. Tanpa ijazah (hanya dengan KPSL) gred 48 diisi dengan pegawai -pegawai ini termasuk adik angkat "KP Kitar Semula". Pada masa ini KPSL(Kenaikan Pangkat Secara lantikan) diangkat setaraf malah melebihi pemegang Ijazah dari Universiti.
Keadaan ini tidak terhenti disini sahaja. Bila JKDM diterajui oleh "KP Malaysia Timur" pegawai Sabah dan Sarawak pula yang mendapat manfaat di mana hampir 100% pegawai W41 yang masuk dari tahun 1991-2001 sekarang ini dah menyandang gred 48. Malah keberanian KP ini lebih terserlah apabila beliau mampu menukar "bakul" pegawai yang telah diperakukan untuk kenaikan pangkat oleh JPA dengan 'bakul' yang ada nama-nama orang beliau sendiri. Inilah senario yang berlaku dalam JKDM. Ianya akan berterusan tanpa mampu disekat oleh sesiapa waima Persatuan Pegawai kanan Kastam atau Kesatuan Pegawai Kastam sendiri.
Kami seramai 300 orang ini sangat terkilan dengan keadaan ini. Setelah dianiayai selama 5 tahun (mengambilkira rakan seangkatan kami yang dapat 48 mulai 2006) bilakah keadaan ini akan berakhir. Apakah remedi yang akan diberi di atas penganiayaan ini. Kami harapMenteri Kewangan tidak akan rasa terkilan sekiranya kami mengalihkan sokongan kami kepada pihak yang belom menganiayai kami daripada kami terusan memberi sokongan kepada pihak yang telah terbukti saban tahun memperolokkan, mengabakan, menganiayi dan seterusnya mengaibkan kami di mata rakan-rakan dan pegawai bawahan kami.
No comments:
Post a Comment