Sunday, June 24, 2012

Rakyat Kedah kecewa Azizan lulus 4 pusat hiburan.

Rakyat Marhaen
DUN Merbau Pulas
Kedah darul Aman

YAB DS Menteri Besar & Exco-Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Per : Kekecewaan Saya Sebagi Rakyat Atas 4 Pusat Hiburan Yang Baru Di Luluskan.

Dukacita disini ingin saya memaklumkan kepada Dato Sri dan barisan exco bahawa dengan apa yang berlaku sehari dua ini saya ia amat mendukacitakan hati dan perasaan saya dengan apa yang berlaku.

Sudah lah pusat hiburan berkaraoke secara terbuka sudah tumbuh bagai cendawan beserta pula dengan muzik box di pasaraya-pasaraya macam tidak terkawal... kini tetiba timbul pulak pusat hiburan yang baru.. bukan satu tetapi empat sekali.

Yang paling mendukacitakan lagi  isu ini ianya muncul di kala umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia sebulan sahaja lagi. Jika semua bising bagaimana kerajaan negeri mahu memantapkan lagi operasi mengawal dan menguatkuasakan undang-undang yang sealiran dengan kehendak Islam dan Rakyat terbanyak yang memberikan sokongan di bawah ini tidak mengapalah juga... ini tidak diluluskan pula permit 4 pusat hiburan yang baru sedangkan yang lama sudah lebih dari menyakitkan mata bila dilihanya.


Apa hebatnya dengan penambahan-penambahan pusat hiburan ini, ada yang lama itu pun dah menyesakkan mata dan menyakitkan telinga tetapi Dato Sri tambah lagi empat biji yang setaraf DISKO serta KELAB MALAM. Kenapa dilakukan sebegini ? Adakah hendak menarik pelancong tempatan supaya berada di bumi Kedah daripada mereka pergi ke sempadan Thailand sana. Baguslah jika berfikiran sebegitu.. semoga semua barisan kepimpinan negeri mendapat limpah dan rahmat daripadanya.

Sepanjang 4 tahun pemerintahan ini jarang sekali di dengar yang pusat-pusat hiburan yang sedia ada diambil tindakan serta penangkapan keatas orang-orang Islam yang berkunjung disana. Jika bahagian penguatkuasaan berkhidmat dengan PANTAS serta CEPAT dengan aduan yang di berikan serta JAIK pun meningkatkan operasi memantau kelaku orang Islam dalam premis-premis ini tidak mengapalah juga.. ada 100 biji DISKO pun tidak mengapa sebab kita yakin yang pergi kesitu adalah golongan bukan Islam tetapi ini semua tidak berlaku.

Sebelum ini saya bersangka baik bahawa ada pihak yang menjadi Musang Berbulu Ayam di mana meluluskan LESEN-LESEN ini tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri.. namun sebaliknya berlaku bila Dato Sri sendiri dah mengaku ini bermakna semua barisan EXCO dan MB sendiri dan tahu akan kewujudan 4 pusat hiburan ini dan yang paling sedihnya semua bersetuju mewujudkan tempat mungkar ini.

Oleh itu saya berharap semoga harapan yang rakyat berikan ini janganlah Dato Sri dan barisan Exco memandang enteng dan sinis.. Ingatlah kuasa yang ada pada anda semua itu rakyat yang berikan.. dari kerana benda mngkar ini habis semua kebaikan yang Dato Sri buat rakyat sudah tidak pandang. Janganlah kerana hendak menjaga hati sesetengah pihak habis di gadai maruah dan prinsip perjuangan PAS yang di bawa semua.

Akhir kata kepada semua barisan kepimpinan yang di beri amanah mengurus tadbir negeri Kedah jangan ingat semua rakyat yang angkat anda berada diatas itu BODOH dan TIDAK TAHU APA-APA berkenaan urusan mengurus takbir negeri.. Jangan ingat kami seperti penyokong UMNO BN yang akan tunduk dan patuh dengan apa yang pemimpin mereka lakukan.. Jadi beringatlah sebelum KUASA JATUH kepada ORANG LAIN.... lakukanlah amanah itu sebaik mungkin...

Wassalam

Allah Huakbar...


4 comments:

  1. Terima kasih kepada KedahLaNie dan penulis surat terbuka ini ,

    tersiarnya surat terbuka dari segelintir rakyat kedah yang prihatin macam penulis ni menggambarkan bahawa apa yang AloQStaQBlog bimbangi selama ini juga dirasai oleh rakyat jelata di negeri Kedah.

    Pas kedah tak sama dengan Pas Kelantan. itu yang pasti 101% !

    Cuba admin KedahLaNie ulangsiarkan artikel dan komen AloQStaQ ini dan cuba highlightkan perkara ini kepada MB Hj Azizan Razak, sebab dia dah mengaku luluskan 4 LESEN BARU, sedangkan AloQStaQBlog dah dedahkan sejak 2009 dahulu lagi betapa banyaknya PUSAT HIBURAN BARU YANG TUMBUH DI BANDARAYA ISLAM ALOR SETAR !

    Pliz ulangsiar artikel aku ni di blog KedahLanie (jika admin mahu).

    SILA KLIK SINI UNTUK BACA PENDEDAHAN & BUKTI MB HJ AZIZAN MENIPU RAKYAT KEDAH LAGI ... . TERIMA KASEH !

    NOTA: AKAN ADA SATU LAGI PEMBONGKARAN TERBARU DARI ALOQSTAQBLOG DALAM MASA TERDEKAT NANTI mengenai PUSAT HIBURAN BARU di Alor Setar (iklankan arak terhebat!)


    AloQStaQ

    ReplyDelete
  2. Penyokong PAS baru sedar akan kepincangan pemerintahan PAS. Dah berlambak pusat hiburan dan njudi ujud di Kedah. Kalau dulu PBT tutup tetapi selepas PAS memerintah pusat judi tersebut dibuka semula. Pengudi PAS menyangka mereka mengundi PAS dapat pahala tetapi sebenarnya mereka mendapat bala.

    ReplyDelete
  3. sebelum ni sapa yg pegang potfolio kerajaan tempatan melainkan Pahrorazi tu...????

    ReplyDelete