Friday, June 22, 2012

SPRM isu RM3billion kalut buat kenyataan.. Mai Isu BELI AHLI PARLIMEN sunyi sepi sahaja...!!!

ISU BELI AHLI PARLIMEN : SPRM TERUS 'PEKAK,BUTA DAN BISU'

Pendedahan 2 rakaman video dan audio  isu 'beli' Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat yang didedahkan oleh YB Shahril Samad , Ahli Parlimen Shah Alam adalah merupakan satu perlakuan serius dan jijik dilakukan oleh agen UMNO BN.

Namun sehingga sekarang tidak ada sebarang sebarang reaksi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) terhadap perkara tersebut. SPRM terus diam membisu dan tidak mengambil tindakan serius terhadap pendedahan yang disertakan bukti rakaman video.

Tindakan 'pekak,buta dan bisu' SPRM benar-benar menunjukkan sikap dwi standard serta tindakan terpilih dan melihat isu pembelian dan rasuah atau politik wang terhadap Ahli-Ahli Parlimen adalah tidak penting sedangkan satu perbuatan yang jijik, kotor dan tidak bermoral bukan sahaja oleh agen UMNO BN termasuk Ahli-Ahli Parlimen yang menerima sogokan tersebut sehingga bertindak melompat parti.

Bukti rakaman video dan audio yang telah didedahkan oleh YB Shahril Samad adalah tidak mampu disangkal oleh sesiapa dan dijadikan bahan bukti sahih bahawa wujud konspirasi jahat secara terancang dengan menggunakan jumlah wang yang cukup besar dalam usaha merasuah dan membeli Ahli-Ahli Parlimen khusus daripada Parti Keadilan Rakyat agar bertindak melompat parti.

JINGGA 13 MENDESAK SPRM agar mengambil sikap telus,adil dan profesional untuk mengambil tindakan , siasatan dan pendakwaan terhadap mereka yang tidak bermoral dan beretika , jika tidak perbuatan tersebut akan menjadi trend jika tidak dibendung dan dicegah .

Dalang disebalik kerja kotor yang diwakili oleh agen UMNO BN ini wajar dihadapkan ke muka pengadilan dan membuktikan bahawa UMNO BN terlibat dalam kerja-kerja jijik,kotor dan tidak bermaruah dengan merasuah dan membeli Ahli-Ahli Parlimen .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

DK VICKY
Setiausaha JINGGA 13

No comments:

Post a Comment