KUALA LUMPUR Sekumpulan pesawah Malaysia, pada 26 Jun lalu, menggesa kerajaan menaikkan harga padi dan subsidi kepada petani.
Harakahdaily melaporkan, Pengerusi Badan Bertindak Pesawah Malaysia, Mohamad Fuad Yaakob berkata, kerajaan harus mengkaji harga padi terkini yang disifatkan tidak lagi relevan pada masa kini.
Pendapatan 140,000 keluarga pengusaha tanaman padi dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dengan keluasan 240,000 hektar hanya berpendapatan RM480 sebulan iaitu di bawah paras miskin tegar.
"Kos pengeluaran makin hari makin meningkat. Walaupun input diberi kepada kami untuk mengurangkan bebanan, tapi bermula musim satu tahun 2010 hasil padi makin mengurang sedangkan kos semakin meningkat.
"Kami mendesak kerajaan mempertimbang hasrat kami kerana kami menyumbang keringat dan peluh kami ke arah menjaga keselamatan beras negara.
"Hari-hari rakyat, sama ada orang kaya atau miskin, kita makan nasi sedangkan Felda dapat imbuhan tapi pesawah tetap menghadapi masalah besar," kata beliau pada sidang media bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di lobi Parlimen.
Menurutnya juga, perbandingan harga beras dan padi di pasaran kini yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu harga beras RM2.60 sekilogram manakala harga padi RM0.75 sekilogram dan subsidi RM0.24 sekilogram.
"Kos pengurusan dalam mengusaha sawah padi secara purata sehektar berjumlah RM5,814.55 manakala pendapatan purata sehektar dengan hasil 6.0 tan berjumlah RM6,198.60," katanya.
Tambahnya, keuntungan bersih RM384.05 dan jika diicampur dengan projek NKEA, subsidi dan Skim Insentif seperti SBKPKP, SIPP dan PDJBMN keseluruhannya berjumlah RM2,884.05.
Jika dibahagikan enam bulan pendapatan pengusaha tanaman padi mendapat untung kasar RM480 sehektar.
Oleh itu, pihaknya mencadangkan harga padi dinaikkan kepada RM1.25 sekilogram dan subsidi pula RM0.50 sekilogram.
"Dengan kenaikan ini hasil pendapatan pengusaha padi lebih kurang RM1,080 sebulan. Ini amat bersesuaian dengan kos sara hidup buat masa sekarang," katanya.
Turut bersama pada sidang media ialah Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria dan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim.
petronas & felda harta pak najib alhajex......tanaman padi bukan, jadi hangpa pandai2 la sendiri nak hidop.
ReplyDeletenak tambah lg ni..untuklah sume yg dpt untungla..tp yg tak dpt apa cer..contoh orang yg ada pendapatan 3,001.00..meleleh ayaq lioq..najib kempunan nak dpt undi kamek..
ReplyDelete