Isi borang e-Sinar lebih awal mudahkan bantuan Kafalah
MERBOK - Majlis Ketua Kampung/Komuniti (MKK) perlulah memainkan peranan dengan baik untuk memastikan penduduk yang layak di kawasan terlibat mengisi borang e-Sinar bagi membolehkan mereka menerima bantuan Skim Kafalah apabila berlakunya kematian.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, YB. Dato’ Dr. Hamdan Mohamed Khalib berkata, apabila borang e-Sinar telah diisi, ia memudahkan pemberian bantuan Skim Kafalah dan tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk disampaikan.
"Saya sendiri turun padang ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Dawai untuk menyerahkan bantuan Skim Kafalah kepada keluarga berkenaan,” ujarnya.
Beliau juga mahu penduduk mengambil perhatian untuk mengisi borang e-Sinar agar bantuan Skim Khafalah dapat diberikan dengan segera.
“Kita sebolehnya mahu menyerahkan bantuan Skim Kafalah ini pada hari kematian sewaktu mengunjungi keluarga tersebut kerana mahu meringankan beban keluarga berkenaan pada waktu itu,” jelasnya.
Beliau juga mahu penduduk mengambil perhatian untuk mengisi borang e-Sinar agar bantuan Skim Khafalah dapat diberikan dengan segera.
Menurutnya, kepekaan penduduk juga amat diharapkan agar mereka segera mengisi borang e-Sinar untuk memudahkan proses penyerahan.
"Apa yang penting adalah mereka mengisi borang e-Sinar, kemudian selepas hari kematian, mereka perlulah menyerahkan salinan sijil kematian dan permit pengkebumian kepada kita," ujarnya.
Tambahnya, sehingga bulan Februari 2012, sumbangan Skim Kafalah di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Tanjung Dawai ialah sebanyak RM131,000.
No comments:
Post a Comment