Tuesday, September 11, 2012

Air percuma: Khalid sedia berdepan saman

Harakahdaily, 12 Sep 2012


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri tidak menghalang sekiranya pengguna air di pangsapuri di negeri ini mahu memfailkan saman berhubung kegagalan menerima subsidi air percuma yang diberikan kepada semua rakyat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipetik portal Selangorku berkata ia merupakan satu kes percubaan yang akan memberikan pandangan mengenai kebajikan rakyat.

Beliau mengulas isu 711 pengguna air di negeri itu yang memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM500,000 terhadap tiga pihak termasuk Abdul Khalid, atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

“Penukaran meter pukal kepada meter individu tidak memerlukan kos yang tinggi, ia cuma memerlukan persetujuan daripada penghuni dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) setuju untuk membenarkan penukaran dilakukan,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di SUK.


Katanya, dengan saman ini membolehkan Kerajaan Negeri mengetahui masih terdapat rakyat yang tidak menikmati air percuma kerana tidak mengikut syarat yang ditetapkan.

“Sekiranya seseorang tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan ia boleh dibenarkan untuk menerima peruntukkan? itu pihak mahkamah boleh berikan jawapan.

Semalam Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri sedia maklum bahawa pemberian percuma hanya diberikan kepada penghuni yang mempunyai meter individu.

“Oleh kerana itu, saya sudah memaklumkan bahawa penghuni supaya cepat menukarkan meter pukal kepada meter individu supaya dapat menikmati pemberian ini.

“Kadang-kadang sesetengah orang tidak faham mengenai perkara ini,” katanya.

1 comment:

  1. Bagaimana mereka hendak faham yang memberi penerangan itu iala UMNO ,ambil contoh dari kejadian berlaku di Penang yang LGE bayar duit untuk warga emas orang melayu benggong yang mendengar ceramah UMNO semua pulang balik duit konon duit haram tapi bila LGE minta balik duit yang dipunggut oleh ketua haramjadah UMNO tidak pula dipulangkan hingga kehari ini,biarkan saja mereka hendak saman dan jangan bayar walau satu sen pun selagimana meter individu tidak dilaksanakan.

    ReplyDelete