Membanteras budaya politik ganas dan samseng
Sesungguhnya, KEADILAN merasa kesal atas provokasi yang dilakukan oleh sekumpulan yang mendakwa pendesak Melayu Perkasa di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar pada 2 September 2012 yang lalu.
Tindakan agresif dan ganas mereka - mengugut, menjerit, memadamkan lampu, membaling kasut dan cuba melempar batu – semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sedang menyampaikan tazkirah ringkas adalah di luar batas susila bangsa Melayu dan Islam. Apatah lagi ia dilakukan dengan keizinan pihak imam dan pengurusan masjid berkenaan.
Kumpulan provokator tersebut hanyalah kelompok minoriti dan serpihan kecil. Ini terbukti apabila puluhan ribu rakyat Kedah hadir mendengar ceramah DSAI di perkarangan Stadium Darul Aman selepas peristiwa tersebut.
Adalah jelas, provokasi yang dilakukan merupakan rentetan dari siri politik ganas dan samseng yang dilakukan oleh UMNO dan para pendokongnya, sebagai manifestasi dari tekanan dan kekecewaan yang dialami apabila menyedari bahawa ia telah gagal menyekat sokongan berterusan rakyat kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU13 akan datang.
Kita sedia maklum, bahawa UMNO/BN pernah secara angkuh memandang remeh dan hina akan kebangkitan rakyat selama ini khususnya sejak 1998 lagi. Malah UMNO/BN begitu yakin dan selesa bahawa reformasi rakyat ini, telah pun padam selepas berjaya memfitnah dan memenjarakan pemimpin reformasi ini DSAI.
Keputusan PRU 12 yang lalu, memang benar-benar mengejutkan Umno. Lantaran begitut ertekan dan terdesak, mereka hilang kerasionalan dan kematangan politik, sehinggakan pemimpin tertingginya pernah melafazkan ikrar akan mempertahankan Putrajaya ‘at all cost’. Demi mencapai matlamat ini, Perkasa hanyalah salah satu instrumen yang digunakan.
Sesungguhnya, KEADILAN ingin menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh Perkasa dan para pendokong Umno ini, adalah amat merbahaya kepada kesejahteraan dan kebebasan rakyat. Jika tidak ditampan, gejala ini pasti akan mengancam keselamatan negara seluruhnya. Amalan ini amat bertentangan dengan nilai dan akhlak bangsa Melayu dan Islam. Malah, ia merupakan serpihan dari budaya jahiliyah dan liar yang dilakukan oleh para penentang keadilan, kebenaran dan kebebasan sejak zaman berzaman. Nabi Muhammad SAW pun pernah dibaling batu dan kayu semasa menjalankan tugas dakwah dan tarbiyahnya kepada penduduk Makkah pada zaman baginda.
Hakikatnya, perbezaan pandangan dan pendirian politik adalah suatu yang fitrah. Malah perbezaan pandangan itu merupakan suatu rahmat. Inilah kenyataan yang ditegaskan oleh Nabi Muhammad SAW. Justeru, kita menyeru agar semua aktivis politik tanah air terutama para pendokong UMNO dan BN agar bersama meneruskan perjuangan kita membela rakyat ini secara sihat, matang dan bertamadun.
KEADILAN berpandangan bahawa langkah terbaik dalam meleraikan kecelaruan politik semasa adalah melalui debat dan perbahasan umum yang teratur dan terancang. Justeru, cadangan diadakan perdebatan di antara dua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional – iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib sendiri – hendaklah diteruskan. Dengan cara ini, rakyat dapat dididik dengan budaya politik beraras tinggi, intelektual dan bertamadun. Namun demikian, kita merasa amat kecewa DS Najib sendiri secara bersungguh-sungguh ingin mengelakkan ia berlaku atas alasan yang begitu dangkal dan remeh.
KEADILAN juga menyeru agar pihak berkuasa keselamatan negara turut memberikan sokongan dalam menjayakan hasrat murni mengukuhkan amalam budaya politik aras tinggi. Maka itu, kita menuntut agar pihak keselamatan segera bertindak secara tegas dan drastik demi membanteras budaya politik ganas dan samseng yang sedang berleluasa.
Sesungguh, kesopanan dan kesusilaan adalah salah satu prinsip utama Rukun Negara. Justeru, KEADILAN ingin mengulangi dengan tegas bahawa kami akan tetap mempertahankan budaya politik sihat, aman, berbudaya tinggi dan bertamaddun dalam meneruskan misi perjuangan kami mencapai agenda memartabatkan kedaulatan rakyat. Kami juga menyeru, agar seluruh penyokong KEADILAN dan Pakatan Rakyat bersama-sama mempertahankan dasar dan amalanyang murni.
Bersamalah kita mendoakan hasrat mulia menegakkan keadilan, kebebasan dan keamanan untuk seluruh tercapai dengan izin Allah, menuruti apa yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW yang bersabda: “Doa itu adalah senjata bagi orang mukmin”.
Penulis ialah Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat.

No comments:
Post a Comment