Saturday, September 1, 2012

Jika ada segelintir dalam berperang dengan BN & NAJIB buat kelaku bangang maka.....

Setelah pelbagai pihak bangun menghentam dan memperlekeh usaha penganjur perhimpunan 'Janji Demokrasi' gara-gara mengibarkan bendera 'Sang Saka Bulan Bintang', barulah sekumpulan anak muda menjelaskan bahawa mereka berniat menyedarkan masyarakat terhadap sejarah negara. Niat memang baik dan bagus, tapi tempat, suasana dan ketikanya tidak sesuai!

Tindakan anak-anak muda itu umpama memberi peluru pada ketika pengkritik 'Janji Demokrasi' ketiadaan peluru. Tindakan itu lebih banyak menyusahkan daripada memberikan manfaat. Malah, tindakan kalian kini dikaitkan Najib dengan Pakatan Rakyat

Jika betul-betul berazam untuk memperkenalkan semula 'Sang Saka Bulan Bintang', mengapa tidak dilakukan di perhimpunan 'Janji Ditepati' yang berlangsung di hadapan perdana menteri di Stadium Nasional Bukit Jalil? Tunjukkan kepada Najib sebab dia yang berkuasa sekarang. Mungkin dia mampu melakukan sekarang demi 'Janji Ditepati'.


Jika itu yang dilakukan, anak-anak muda pasti akan disanjung oleh sekurang-kurangnya oleh pihak yang bersama-sama ingin menegakkan demokrasi. Sebaliknya, apa yang berlaku sekarang, tindakan kalian menerima cemuhan demi cemuhan.

Cemuhan daripada pihak umno/BN memang telah dijangka kerana mereka hampir kehabisan isu. Dan kini cemuhan daripada jutaan Rakyat yang ingin melihat demokrasi sebenar tertegak di bumi Malaysia. Kalian rugi kiri dan kanan. Yang paling malang, kalian menimpakan beban percuma ke atas bahu penganjur 'Janji Demokrasi' dan Pakatan Rakyat! Sekarang ada faham?

Tengok... Najib dah jadikan modal....

No comments:

Post a Comment