Friday, September 14, 2012

'Rakyat Kedah suka Kerajaan Negeri sekarang'




ALOR SETAR – Penduduk Kedah kini ‘suka’ dengan pemerintahn yang dijalankan oleh kerajaan negeri sekarang kerana kerajaan negeri sekarang mementingkan pembangunan fizikal dan rohani secara serentak ditambah pula dengan rekod sifar rasuah.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, orang Kedah suka kerajaan negeri sekarang memerintah kerana menolak rasuh dan sejak merdeka rakyat sudah penat dengan gejala rasuah dan sebagainya. Selain itu, hasil balak Kedah kini juga sudah mencapai RM80 juta setahun.

Beliau berkata demikian semasa bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat exco di sini.

“Alhamdulillah perjalanan pembinaan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) berjalan dengan lancar dan dijangakan hujung tahun ini siap. Bayangkan kita hanya kerajaan negeri bukan pusat tapi kita mampu membina sebuah universiti walaupun tanpa bantuan pusat satu sen pun,” ujarnya.

“Kini banyak negara nak hantar pelajar mereka untuk belajar di KUIN dan ada di antara mereka yang ditolak demi memberi kepentingan kepada rakyat tempatan. Jika nak dibandingkan dengan pemerintahan yang lepas apa mereka buat,” soalnya.

1 comment: