Monday, September 3, 2012

Kehadiran luar jangka di rumah terbuka YB Mohd Nasir Mustafa


KUALA KEDAH – Seawal jam 9 malam, semua juadah yang disediakan telah habis, oleh itu pihak penganjur terpaksa menyediakan juadah tambahan untuk memberi peluang kepada pengunjung yang tidak berpeluang menikmati makanan pulang dengan perut kosong.

Majlis yang bermula selepas Maghrib sehingga 11 malam itu menerima kunjungan yang diluar jangkaan. Hampir-hampir 10 ribu orang pengunjung yang hadir menjadikan Medan Selera Anjung Kuala sesak dan padat. Menurut Adun Kubang Rotan, YB Nasir Mustafa, kehadiran yang di luar jangkaan ini membuatkan semua juadah yang disediakan habis sebelum waktu jamuan berakhir.

“Saya menyediakan makanan untuk tujuh ribu pengunjung, tetapi saya tidak menyangka kehadiran mencecah hampir 10 ribu orang,” katanya sempena Rumah Terbuka Aidil Fitri Adun Kubang Rotan.


Celahnya lagi ketika ditemubual, sambutan yang sangat meriah ini adalah kerana semangat persaudaraan yang dipupuk oleh beliau semenjak beliau menjadi wakil rakyat di Dun berkenaan. Baginya, semua masyarakat tidak mengira bangsa, agama dan fahaman politik terutama di Dun beliau adalah saudara dan beliau berusaha sedaya upaya membantu dan mengambil berat hal-hal berkaitan kebajikan mereka.

“Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh NGO, pertubuhan politik, para dermawan dan juga tidak dilupakan para urusetia dan petugas yang telah memberi sokongan padu untuk menjayakan majlis ini,” tambahnya lagi.

Seperti majlis hari raya yang lain, beliau dan isteri turut menyampaikna duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Majlis Rumah Terbuka Adun Kubang Rotan diserikan lagi dengan alunan nasyid dan berzanji dari pelajar-pelajar sekolah dari Maktab Mahmud Pokok Sena.

Antara yang turut hadir termasuklah YB Dato’ Amiruddin Hamzah, YB Dato’Phahrolrazi Zawawi, Yb Dr Ismail Salleh, pemimpin-pemimpin masyarakat serta pimpinan NGO dan pertubuhan politik.

No comments:

Post a Comment