Oleh: Mat Kering Bakaq Bata
Berhempas pulas nampaknya sebuah blog bukan upahan (sebab UMNO tak bayaq dekat blog ni, buat kerja bodoh tanpa upah) mempertahankan diri terhadap isu penyerang masjid Pumpong baling kasut ke dalam masjid.
Isu baling kasut ke dalam masjid ini didedahkan oleh Datuk Mahfuz Omar serta beberapa orang saksi yang berada dalam masjid ketika itu. Ohya sebelum tu, nak habag bagi kat orang di luar zon utara apabila disebut 'kasut' maka orang Kedah ni pukoi borong semua... sepatu, sandal, terompah, selipar atau apa-apa saja alas kaki semua depa sebut kasut. Bukan apa, nanti ada pulak pahlawan maya taik kucin UMNO kat KL nun akan putaqbelit pulak kata sekejap selipar, sekejap kasut.
Lepas tu depa masukkan isu remeh temeh untuk spin, misalnya Mahfuz kata jarak dia dengan Anwar cuma tiga orang, depa siar balik foto dalam masjid tu.. tapi depa spin, pi lengkong kira orang kat saf belakang untuk jadikan jumlah 5 orang, walhal kalau depa kira direct orang depan Mahfuz ke Anwar memang 3 orang pun. Sampai tara tu puak2 ni nak memperbodohkan orang cerdik.
Oleh kerana semua hujah2 mempertahankan diri yang panjang lebar dan berhempas pulas tu adalah hujah2 pekak wailon belaka maka tak payahlah MK menjawab kesemuanya. MK cuma nak serang balik puak2 penyokong serangan ganas terhadap 'rumah Allah' dalam bentuk soalan.. tak payah bagi jawapan laa ni. Jawab kat akhirat besoklah bila malaikat tanya:
1. Betoi ke dak (betul atau tidak) kumpulan penyerang masjid itu terdiri dari ahli UMNO, Perkasa serta para penyokong mereka?
2. Adakah kumpulan penerang itu mempunyai tauliah dari Pejabat Agama untuk bertindak menghalang tazkiroh di masjid?
3. Benarkah sebahagian besar kumpulan penyerang itu tidak bersolat Maghrib? Kononnya nak cegah mungkar tapi sedarkah mereka bahawa mungkar yang besar ialah tidak menunaikan solat?
4. Betoi ke dak kumpulan penyerang telah mengacaubilaukan masjid, membuat bising, bersorak, memaki hamun Anwar dan Imam, membunyikan siren untuk mengganggu tazkiroh? Setuju atau tidak bahawa tindakan tersebut adalah biadap terhadap rumah Allah?
5. Bersetuju atau tidak bahawa Anwar langsung tidak bercakap politik atau isu-isu politik dalam masjid?
6. Bersetuju atau tidak bahawa jika hanya kerana tokoh politik bercakap masjid dianggap mencemarkan institusi masjid maka Najib, Muhyidin, Mat Bashah serta sebahagian besar pemimpin UMNO telah mencemarkan institusi masjid kerana mereka juga pernah berucap di dalam masjid?
7. Betoi ke dak Timbalan Presiden Perkasa Zulnordin telah membuat pengakuan terbuka di TV3 bahawa dalam peristiwa itu kasut di baling ke dalam masjid Pumpong itu berlaku? (Rujuk Buletin Utama 3 September)
8. Setuju atau tidak jika semua isu 'tauliah' ditangani secara ganas seperti yang berlaku di masjid Pumpong, dengan mengetepikan pihak berkuasa agama dan keselamatan maka umat Islam akan jadi huru hara?
(Ada banyak lagi soalan... jawab hak tu dulu, kalau mampu jawab... sebelum soalan cepumas yang lain menyusul.)

Assalamualaikum.
ReplyDeleteKepada sahabat2ku para Admin KedahLaNie dan para pembaca blog ni...
Terima kasih kepada Admin KLN kerana sudi follow up artikel yang ditulis oleh Mat Kerin Bakaq Bata di laman blog KedahLaNie susulan daripada Blog aku AloQStaQBlog menyiarkan posting bertajuk ; "MEMBONGKAR ISU KASUT TERBANG MASUK MASJID : Mana Bukti Kukuh KASUT TERBANG Masuk ke Masjid hari tu ??"
Di samping itu, aku mencabar puak-puak hangpa dalam Pakatan Rakyat untuk berikan link/pautan ke mana-mana laman web/blog bagi membuktikan secara bergambar/bukti video bahawa terdapat KASUT MELAYANG MASUK KEDALAM MASJID tempohari.
Cabaran untuk hangpa semua menunjukkan bukti telah bermula sejak posting aku tu disiarkan pada : 08September2012 (jam 4.44Pagi) SEHINGGA CABARAN DITUTUP pada esok 10September2012 Jam 10.00malam.
Sekarang masih ada masa untuk hangpa berikan bukti kukuh. Ada berani kasi ???
Satu lagi, MK dari blog KedahLa bertanyakan beberapa soklan dalam blognya, tapi agak menghairankan, dia OFF kan pula ruangan untuk beri komen. Jadi, agak sukarlah orang nak berkomunikasi dengan Mat Kerin di KedahLa. Harap dia ONkan semula. Awat dia takut Akta A114 ka? hehe...
Aku hanya harapkan geng-geng Pakatan yang ada bukti kukuh mengenai gambaran kejadian KASUT TERBANG MASUK MASJID malam tu, silalah berikan link di blog aku, KLIK DI SINI untuk kami puak-puak UMNO tengok sendiri kejadian buruk tu.
Sebabnya, dah abih semua video dah aku tonton di YouTube yang memaparkan kejadian dalam dan luar Masjid Seberang Pumpong, tapi tak ada satu pun ada fokus pasal kejadian KASUT TERBANG MASUK MASJID. Tup-tup esok paginya, keluar cerita ada kasut yang dibaling ke dalam masjid !!?!
Pulakkk ?! Bila pulak jadi perkara tu?
Dah jadi isu besaq sehinggakan MUKA DEPAN AKHBAR HARAKAH (versi Cetak) dan WARTA KEADILAN (Versi Cetak) menyiarkan berita KASUT DIBALING MASUK MASJID ! Buktinya ??????? LANGSUNG TAK ADA !!
Harap hangpa semua dapat jejaki ke laman blog aku, dan baca dengan hati yang tenang mengenai kupasan aku berkenaan kes KASUT TERBANG tu, Okayyyyy !!??
AKU MOHON BUKTI KUKUH UNTUK PENCERAHAN.
AloQStaQ :: KLIK DI SINI
++ (TQ kepada Sahabatku ADMIN2 KEDAHLANIE sebab sudi siarkan komen aku ni... Tq sahabatku!Syukran Jazilan!)