Assalamualaikum Ybhg Dtk Seri,
Saya adalah rakyat biasa yang menghampiri separuh abad usia, menetap di Bintulu, Sarawak. Sebagai anak kelahiran kampung, saya telah melalui pelbagai fasa aspek pembanguanan sama ada dalam kehidupan seharian atau alam pekerjaan.
Seperti yang kebanyakan rakyat kehendaki, pembangunan adalah aspek yang sangat penting dalam kehidupan. Tapi pembangunan tidak mempunyan makna kepada rakyat biasa walau setinggi mana pun bangunan pencakar langit, seindah mana pun hamparan karpet atau seluas mana kehijuan ladang- ladang sawit.
Tidak dinafikan memang ada tempiasan kebaikan seperti pada diri saya sendiri, peluang pekerjaan, peluang anak- anak belajar peluang- peluang perniagaan bagi mereka yang kuat berusaha. Tapi yang paling jelas jurang antara yang berkuasa & kaya dengan yang kurang berada semakin jauh. Mungkin ini adalah lumrah dan tidak dapat dielakkan.
Tapi berilah keselesaan kepada kami rakyat biasa di Sarawak untuk menikmati pembangunan ini dengan menyediakan jalan raya dan infrastruktur lain yang lebih baik. Mungkin lebik 90% rakyat tidak pernah memjejaki ke persada bangunan- bangunan yang indah tetapi hampir 100% rakyat memerlukan kemudahan infrastruktur dalam kehidupan seharian. Inilah yang membezakan kepentingan rakyat atau kepentingan pihak tertentu sahaja. Sarawak sebagai sebuah negeri terbesar di Malaysia mempunyai maksud ekonomi tersendiri yang sepatutnya memberi manafaat hasil ekonomi kepada rakyat Sarawak bukannya sebagai alasan untuk menyukarkan pembangunan infrastruktur negeri . Hasil minyak dan gas, hasil balak dari hutan yang luas, hasil cukai dari ladang- ladang sawit yang besar, hasil arang batu dan sebagainya, kemana perginya ?, dan dengan pembangunan pesat SCORE kemungkinan akan lebih menyusahkan rakyat biasa kerana sesesakan dan kerosakan lebih kerap jalanraya yang sekarang ini tidak menepati standard tertentu.
Saya amat yakin pemimpin atau pihak tertentu seperti pegawai kerajaan kebanyakan tidak pernah atau kurang kerap menggunakan jalanraya utama di Sarawak kerana mungkin bagi mereka cukup taklimat atau lapuran di atas meja. Dengan itu kesusasahan dan keadaan jalan yang kurang baik bukan masalah bagi mereka, mana mungkin kerana kemana mereka pergi kapal terbang percuma, helicopter ada, kalaupun terpaksa melalui jalanraya BMW/Mercedes ada. Tapi bagi kami yang hanya ada Kancil dan proton ini bagaimana? Sudahlah bayar road tax sama macam yang di KL, terpaksa pula menanggung kos penyengaraan yang kerap dan jangkahayat kenderaan yang pendek.
Itu hanya salah satu aspek, banyak aspek- aspek lain termasuk keselamatan juga sangat penting. Bayangkan jalanraya utama (2 way road) intercity dari Kuching- Miri (yang selalui saya lalui) yang serupa ular mati yang membusuk (bengkang- bengkok dan kerap rosak) lebih 500 KM, pemanduan lebih kurang 8-10 jam adalah ibarat “memperjudikan nyawa di atas perangkap maut. Takala rakan dan saudara kita di Semenanjung sering menceritakan keseronokan memandu di atas highway yang indah, saya pula terasa amat sakit hati kerana seolah- olah itu adalah sindiran.
Ybhg Dtk Sri, kalau boleh saya ingin membuktikan bahawa kenyataan saya ini adalah betul. Dengan itu saya mencabar Dtk Sri untuk mencuba sedikit pemanduan dari Bintulu Ke Tatau (sebahagian dari Borneo Highway) semasa lawatan ke Bintulu sempena Malaysia day 16 Sept ini. Kalau boleh gunalah kereta yang rakyat kebanyakan pakai, tak usahlan guna Mercedes atau BMW. Buktikan jiwa dan sanubari Dtk Sri bersama rakyat Sarawak.
Sekian Terima kasih
Mortadza Mohsen@facebook Najib Razak
No comments:
Post a Comment