Friday, September 14, 2012

Macam nie nak jd MB Kedah...pikiaq harga kereta pon kantoi

Mukhriz tak faham pasaran kereta, kata Pakatan

NONEKomen Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir berhubung permit import (AP) kereta menunjukkan beliau tidak tahu menahu berhubung pasaran kereta, kata Pakatan Rakyat.

Bertentangan dengan dakwaan Mukhriz, anggota parlimen Petaling Jaya Tony Pua berkata, pelelongan AP kereta tidak akan menjejaskan harga kereta.

Sebaliknya, katanya, ia akan menyalurkan hasil terus kepada simpanan kerajaan dan tidak kepada pemegang konsesi yang menjadi "rakan baik" dengan kementerian yang menjual AP.

"Ini jelas. Saya tidak fikir beliau faham tentang permit AP dan mekanisme pasaran terbuka," kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (kiri) dalam forum di ibu negara malam tadi.

Mukhriz Mahathir semalam menyindir idea pembangkang bahawa pelelongan AP bagi kereta luar negara akan menurunkan harganya.

Sebaliknya, Mukhriz berkata, bidaan AP itu akan menjadikan harga kereta menjadi lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment