Sunday, September 2, 2012

Memang dahsyat punya anti Islamlah kerajaan Pulau Pinang yang diperintah DAP/PR...


JIKA KURANG NAMPAK JELAS DAN INGINKAN PAPARAN YANG LEBIH BESAR DAN JELAS... SILA KLIK PADA FOTO.

Sila lihat perbandingan peruntukan kepada Hal Ehlwal berkaitan dengan Islam anatara kerajaan Pulau Pinang semasa dibawah pemerintahan Gerakan/UMNO dengan DAP/PR.

Langsung tidak perihatin Kerajaan DAP/PR kepada kegiatan Dakwah Islam. Kerajaan Gerakan/UMNO sentiasa mengambil berat dan memberikan perutunkan yang besar.

CISH!!!! tak berguna satu sen pun kerajaan DAP/PR Pulau Pinang.

Adakah patut Sekolah Agama Rakyat yang tidak pernah diberikan semasa Gerakan/UMNO memerintah diberi RM1.5juta ( tahun 2009 ) dan RM1.75juta (2012) .

Sumbangan hafaz RM75,000 ( tahun 2009 ) tahun 2012 dinaikkan kepada RM150,000.. Kerajaan Gerakan/UMNO.. SIFAR.


Sumbangan Masjid Imarah Ramadhan.. Kerajaan Gerakan/UMNO- ELEK POCHIK... Kerajaan DAP/PR RM213,000 tahun 2009 dan 2012.

Punyalah dajal kerajaan DAP/PR Pulau Pinang sampaikan ada pula dana dinamakan Bulan Alquran.. beri peruntukkan sebanyak RM 100,000 pada tahun 2009 dan penindasannya kepada umat Melayu/Islam terus membuak dengan meningkatkan lagi peruntukkan kepada RM175,000 pada tahun 2012.

Itu tak termasuk peruntukan untuk guru-guru KAFA....Kerajaan Gerakan/UMNO beri RM659,000. Kerajaan anti Melayu/Islam beri RM879,000 ( tahun 2009 ) dan tahun 2012 sebab kebenciannya kepada Islam meningkat melantun maka ditambah lagi peruntukkan sebanyak RM900,000.

PERGH!!!.. Memang dahsyat punya anti Islamlah kerajaan Pulau Pinang yang diperintah DAP/PR...

No comments:

Post a Comment