Monday, September 3, 2012

Sedarkah anda.. Tahun lepas kita beraya di hidangkan sirap 'komunis'... mai tahun kita berendangkan 'hudud'..!!!

 PIALA HUDUD

Malam sebelum 31 Ogos 2012, org rumah tertekan remote control tertengok TV3 – berita utama Buletin TV3. Masih terngiang-ngiang kat telinga teringat ucapan berdesing PM depa (kalau PM kita, dia akan bagi ucapan untuk semua rakyat Malaysia, tapi dia PM depa, maka ucapannya ditujukan untuk depa saja la), yang depa panggil sebagai Datuk Najib Tun Razak kat kaca TV.

Kata Datuk Najib lebih kurangnya:

“Tuan-tuan dan puan-puan, pembangkang ini tidak ada isu lain, tiap kali pilihanraya timbul isu hudud, tak habis-habis dengan isu hudup yang dimainkan mereka!!’

Macam-macam dia kondem PAS pasal bab hudud ini, cuma yang saya nak tulis kat sini satu benda saja. PM depa ini kata:

“Ini, Haji Hadi – hari tu waktu pilihanraya sebelum PAS menang di Terengganu, Haji Hadi cakap “Kalau kita menang di Terengganu, sebaik saja ayam berkokok sebelum fajar menyinsing, kita akan isyhtiharkan Hudud di Terengganu, tapi tuan-tuan dan puan-puan, PAS dah menang di Terengganu hari itu, dan ayam yang berkokok itu pun sudah lama mati, tapi Hudud tidak terlaksana pun”

(Bertepuk sakan saya dengar penonton bersorak).

Lepas tu, cepat-cepat saya tukar siaran pi tengok channel Astro National Georaphic, ada faedahnya juga daripada duduk tengok drama swasta PM depa dok perbodohkan rakyat jelata ini. Pasal apa saya kata rakyat jelata diperbodohkan? Sebab bukan semua rakyat jelata yang dengar ucapan dia tu cerdik dan paham dan tau kata ada dalam undang-undang Negara, ada Perlembagaan Persekutuan Perkara 75 yang menyatakan bahawa:

MANA-MANA UNDANG-UNDANG NEGERI YANG BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ADALAH TERBATAL, SETAKAT MANA IA BERLAWANAN DENGAN UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN ITU”

Maksudnya , sebaik-baik sahaja Haji Hadi isyhtiharkan undang2 Hudud, maka belum pun sempat mata beliau berkelip dan tak payah tunggu fajar menyinsing, maka mengikut perlembagaan Persekutuan Perkara 75 di atas, undang2 Hudud tersebut terbatal dengan sendirinya.

Sebab itu, Ulamak-Ulamak dalam PAS, walaupun hati depa tak berapa berkenan dengan perjalanan system pilihanaya / demokrasi di Malaysia ini, tapi depa cuba juga nak usahakan bagi PAS dapat perintah Malaysia – dengan apa cara yg dibenarkan oleh undang2 negara – agar dengannya suatu hari nanti perkara yg membatalkan undang2 negeri itu dapat dimansuhkan dengan persetujuan ramai melalui parlimen. Kalau tak dapat laksanakan Hudud seluruh Malaysia, dapat buat di Kelantan pun jadilah.

Siang tu 31 Ogos, saya pi solat jumaat di Masjid An-Najah, Padang Serai di negeri Kedah.

31 Ogos, hari cuti umum, penuh orang hinggakan terpaksa dihamparkan tikar tambahan di kaki lima masjid hingga ke kawasan parking motor.

Saya jadi terkejut la pulak, sebab baru saja saya nak lena waktu khutbah dibaca, tiba-tiba saya dengar lantang suara Tok Khatib berkata:

“Sidang jumaat yang dimuliakan; saya hairan sungguh bila sampai saja musim pilihanraya, maka puak-puak ini (UMNO) tidak ada isu lain yang nak ditimbulkan selain dari hudud. Adakah patut mereka kata itu Hudud PAS bukan Hudud Islam!!”

“Khatib nak bagi tahu di sini bahawa dalam Islam tidak ada Hudud PAS, tidak ada Hudud UMNO, yang ada cumalah Hudud Islam”

Kemudian, panjang lebar Tok Khatib cerita, ulas dan hentam UMNO bab UMNO vs hudud ini.

Saya nak tergelak – saya rasa Tok Khatib ini pun ada tertengok Buletin Utama TV3 juga gamaknya tadi malam, itu yang dia nak syeikh sangat itu.

Yang paling saya nak tergelak sakannya, bila mai tang DOA, dengan suara lantang Tok Khatib berdoa:

“Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau Bagilah Kemenangan Ya Allah Kepada Parti Islam dalam Pilihanraya Umum Yang Ke-13 nanti Ya Allah!!”

Saya tengok semua orang pakat tadah tangan kata AMIN – termasuklah depa-depa yang bukan penyokong parti Islam yang dimaksudkan itu – tak taulah pasal apa depa pun ikut Amin sama, mungkin masih mengantuk tengah dok lena dengar khutbah gamaknya – muarghahahaha!!!

Untuk org2 UMNO yang tak lena itu, mungkin dalam hati depa perasaan panas hati membara yang membuak-buak dalam dada – sebijik macam rasa hati orang2 PAS yang tengok Buletin TV3 malam tadi dan juga malam-malam sebelumnya dan selepas ini hinggalah selesai PRU13 nanti.

Padanlah - 2x5.

Sembang bab Hudud ini, bukan saja Berita TV dan Mimbar Masjid berlawan, suratkhabar pun turut berlawan sama.

Utusan Malaysia hari raya puasa yang ke-8, penuh dengan cerita Hudud. Muka depan tajuk besar: “ Hudud – PAS gagal nyata pendirian terhadap penolakan DAP,PKR – HADI BERDOLAK DALIK”.

Muka 4 hari yang sama tajuk “DAP, PAS terus bertelagah isu hudud”
Muka 6, analisa Utusan Malaysia sendiri dengan tajuk: “PAS Utamakan Putrajaya Dari Hudud”

(Tujuannya bukan apa, nak bagitau kat pengundi Melayu kata jangan undi PAS sebab PAS tak akan laksana hudud sebab depa takutkan DAP/PKR – habis tu kenalah undi UMNO sebab UMNO tak takut kat DAP/PKR/MIC/MCA/GERAKAN/etc – maka kalau UMNO menang PRU13 nanti, nescaya UMNO akan laksanakan hudud – macam tu lah kot gamaknya)

Tengok pulak The STAR, hari Rabu 29 Aug depa boh berita besar tajuk:

“PAS intensifies push for hudud [PAS meningkatkan tekanan supaya Hudud dilaksanakan].

Dalam berita itu dipetik kenyataan dua tokok utama PAS, Nik Amar (Timb Pesuruhjaya PAS Kelantan) dan Mujahid Rawa (Timb Pesuruhjaya PAS Penang). Tak pasti apa sebenarnya kenyataan rasmi kedua-dua orang kuat PAS ini, tapi di mukadimah ulasan berita itu, The STAR mengatakan bahawa mengikut tokoh-tokoh ini yg dipanggil sebagai Senior Leaders – isunya sekarang bukanlah SAMA ADA Hudud akan dilaksanakan tetapi MACAM MANA cara nak laksanakannya.

(Habis la terketaq lutut orang-orang bukan Islam yang baca ulasan berita The STAR ini – lepas ini, sure depa tak pangkah Pakatan dah – begitulah agaknya tujuan berita tersebut ditulis).

Pelik sungguh haih, dalam Utusan Malaysia kata PAS tak mau laksana Hudud atas 1001 sebab yang dinyatakan TAPI dalam The STAR kata PAS PASTI akan laksanakan Hudud – kalau saya baca dua dua akhbar ini serentak, mana satu saya nak percaya ini?

Sebenarnya tuan-tuan, mengenepikan seketika perbedaan pendapat PAS dan UMNO dalam bab Hudud ini, sebagai orang Islam, kita rasa sedih dan terkilan sungguh la, Hudud ini yang sepatutnya jadi benda SUCI, yang mai dari ayat Quran dan dari Hadith Nabi SAW ini, sepatutnya benda-benda ini adalah benda SUCI benda MULIA yang kita sebagai orang ISLAM tak patut permain-mainkan, ditendang pi ditendang mai macam main BOLA SEPAK.

Apa depa ingat, HUDUD ini macam BOLASEPAK PIALA DUNIA ka, ada PIALA empat atau lima tahun sekali? Lawan bertanding masuk TV masuk suratkhabar bagi satu DUNIA tengok? Tiap kali Pilihanraya PIALA HUDUD diusung keluar dari almari – dah habis PRU13 nanti simpan balik!! – macam tu ka?

Kalau macam itu lah dok ada, patut padan rasanya kalau ayat-ayat Hudud ini sumpah balik kat mereka-mereka yang mempermain-mainkan ayat-ayat Quran dan hadith Nabi SAW ini; biaq kena balun 7 lapis bumi dalam lubang kubuq nanti baru ada akai.

Kepada semua pihak kita nak kata – kalau nak buat Hudud sila buat, kalau tak mau buat jangan dipertandingkan Hudud macam PIALA - kami org awam kat bawah ini, dah letih dah, dah meluat tak tau nak habag dah!!

moniermatdin@yahoo.com
2.9.12
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment