Wednesday, September 12, 2012

Towkey Ikan Bakaq Sekinchan dah merayu jangan pulau kedai dia lagi..!!!

Panas ! Towkey Ikan Bakar Sekinchan dah Kantoi...Mohon Maaf kepada Pelanggan Semua...


Kami Restoran Ikan Bakar Caw. Bandar Puteri Puchong, mengalu-alukan kunjungan anda semua ke Restoran kami, Berbagai promosi dari menu dan harga yang baru (yang pasti lebih murah) kami sediakan untuk anda semua.

Berkunjunglah ke Restoran kami, Bantulah kami untuk maju semula. Ampun dan maaf kami pohon dari anda sekiranya terdahulu anda tidak berpuas hati .

KINI kami kembali semula dengan suasana yang baru dan bersedia menerima teguran untuk kebaikan bersama.

Janganlah kami di BOIKOT lagi - Kasihanilah kami - Kami pun seperti anda semua ingin mencari rezeki di bumi Malaysia yang bertuah yang kami Cintai.


Newsletter - 11 Sept 2012 Promosi Makan Tengah Hari Lunch Set for 2 - RM35.00 Promosi Set 4 orang - RM59.90.

Itulah bunyinya rayuan Restoran Sekinchan Ikan Bakar Cawangan Bandar Puteri, Puchong.

Membuktikan suara rakyat suara keramat, kuasa rakyat membawa akibat!!!

Merayu bantuan untuk bangkit semula sedangan towkeynya terus menerus mengambil sikap angkuh dan sombong kepada rakyat.

Mamat nie dah angkat tangan...Wa rasa bagi lah dia peluang kerana dia telah lakukan Tranformasi Sikap dan sudi mohon maaf....
 

1 comment:

  1. selagi UMNO dan penyamun2nya masih merompak kekayaan negara dan mengancam kesejahteraan negara maka selagi itulah usaha boikot akan di teruskan (keuntungan yang mereka dapat akan digunakan untuk menindas rakyat juga akhirnya seperti mengupah samseng atau kaki pukul untuk mengugut rakyat). Bukan sahaja restoran mamat samseng ni bahkan lebih penting lagi stesyen minyak petron di boikot! Stesyen minyak milik sykt arak anak mahathir iaitu san miguel wajib di pulau dan diboikot oleh orang islam dan juga semua rakyat Malaysia. Perompak harta negara mesti menerima hukuman!

    Nick.

    ReplyDelete