kedahlanie

Saturday, October 13, 2012

FELCRA hutang Kedah dalam RM200juta

Tindakan Felcra dipersoal




ALOR SETAR - Tuntutan Kedah terhadap Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) melibatkan lebih RM200 juta dibangkitkan di Parlimen, Isnin lalu.

Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria berkata, pihaknya membangkitkan isu berkenaan supaya agensi Kerajaan Pusat itu memberi maklum balas sewajarnya berhubung isu berkenaan yang sebelum ini didedahkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

“Sehingga sekarang Felcra masih belum membuat pembayaran keuntungan RM200 juta kepada Kerajaan Negeri. Sejak perkara itu didedahkan, Felcra belum beri reaksi positif,” katanya,

Menurutnya, pihaknya turut mempersoalkan tindakan Felcra yang dilihat seolah-olah bermusuhan dengan Kerajaan Negeri apabila sehingga kini belum hadir mesyuarat yang diadakan oleh negeri.

“Benarkah RM200 juta yang sepatutnya menjadi hak milik Kerajaan Negeri, tidak disalurkan ekoran keengganan agensi terbabit hadir mesyuarat yang dianjurkan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat?” katanya.

Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria Perkara sama telah dibangkitkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak September lalu, di mana Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Incorporated (MBI) sedang membuat tuntutan terhadap Felcra, yang mengusahakan tanah milik kerajaan tetapi tidak menyerahkan hasil kepada Kerajaan Negeri seperti dipersetujui dalam perjanjian.

Mohd Nasir yang juga Ketua Penerangan Pemuda Pas Kedah berkata, pihaknya menggesa Felcra membuat penjelasan berhubung perkara itu dengan segera.

“Keengganan Felcra mahupun Pusat menyerahkan hak milik kerajaan negeri sebanyak RM200 juta itu menimbulkan persoalan,” katanya.

Menurutnya, difahamkan terdapat perjanjian yang dibuat di mana ada ladang-ladang yang dibangunkan oleh Felcra, sebahagiannya diambil daripada tanah-tanah yang diusahakan penduduk kampung.

“Pemimpin-pemimpin politik ketika itu berjanji bahawa akan diberi keutamaan kepada pengusaha-pengusaha tanah asal yang kebun mereka sudah mengeluarkan hasil, namun ianya tidak menjadi kenyataan,” katanya.

Mohd Nasir berkata, bagaimana pun hasil yang didakwa bawah perjanjian 60 peratus untuk Kerajaan Negeri dan 40 peratus untuk agensi Pusat itu tidak diagihkan.

“Saya harap Felcra dan kerajaan Pusat dapat bertindak dengan membuat pembayaran itu agar ia dapat digunakan untuk tujuan pembangunan serta keperluan rakyat Kedah,” katanya.

Menurutnya, pihaknya bimbang jika tindakan itu dipengaruhi unsur politik ekoran fahaman politik berbeza antara Pusat-Kedah.

“Mungkin pegawai terlibat sudah laksana tugas dengan baik tetapi atas arahan politik menyebabkan rakyat menjadi mangsa. Contoh, Felcra Kampung Bagan, Padang Terap di mana tiada penempatan penduduk tetapi ada penduduk menentang pengambilan tanah usaha mereka sekitar 80-an hingga 90-an,” katanya.

Difahamkan, ada yang menentang kerana mereka sudah mengusahakan kebun. Berdasarkan syarat untuk mendapatkan hak milik tanah, mereka mesti mengusaha tanah, namun setelah berhasil, mereka dipujuk pemimpin politik tertentu untuk diserahkan kepada agensi Pusat.

“Berdasarkan rekod, di peringkat awal 18 orang menentang pengambilan. Namun mereka terpaksa serahkan tanah atau kebun yang diusahakan kerana sudah berjanji, tanpa diberi pampasan. Masalah itu berlanjutan sehingga hari ini,” katanya.

Ini menyebabkan pengusaha asal bertindak menceroboh ladang yang diusahakan Felcra.

“Penduduk kampung tidak dapat tanah, sampai masa untuk dapat hasil, hanya agensi tertentu sahaja dapat manfaat daripada pembangunan tanah itu. Ianya seolah-olah tidak adil,” katanya.
Posted by Kedahlanie at 6:00 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Felcra

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Archive

  • ►  2013 (958)
    • ►  February (397)
    • ►  January (561)
  • ▼  2012 (4917)
    • ►  December (408)
    • ►  November (471)
    • ▼  October (456)
      • Beza antara system AES di MALAYSIA dan AMERIKA..!!
      • PENGUNDI MUDA di KEDAH akan sokong BN pada PRU13 n...
      • Antara "NATURALLY LANGKAWI" & "LANGKAWI PERMATA KE...
      • Betulkah PAS KEDAH sabotaj AHLI dari pergi ke HIMP...
      • Baru jadi JKKK berlagak mengalahkan YB Pasir Salak
      • Itu Hak Khyril
      • Jom mai pakat derma sorang sikit.....
      • KASE : Jangan bayar saman AES.. kita pakat jumpa d...
      • Abang ipar speaker DUN Sabah pulak joint PR..!!
      • Hallo Shafie..!! Sapa pecah belahkan rakyat Sabah?...
      • JIKA PRU13 nanti BN menang lagi....Jawabnya dapat ...
      • 03 Nov - Ada aku kesah.. Sejak bila perlu permit.....
      • Polis tak benarkan Himpunan 3 Nov....
      • [Gempar] Adakah KFA juga sedang dipenuhi golongan ...
      • PRU13: Khairy Jamaluddin jadi korban pertama?
      • [Jawapan] Jawapan dari Ahli Majlis MPSP berkenaan ...
      • Mahdzir Khalid, jawab sat pasai apa hang bagi dua ...
      • Tajul nafi projek 99East di Langkawi punca kerajaa...
      • Madrasah Salihiah tidak diroboh dengan arahan mahk...
      • Kritik, mengkritik & dikritik
      • Bila Soi Lek beraksi kamikaze
      • Bola Kedah : Orang Dalam KFA nie nak jadi HARAM JA...
      • Aduhai Nonaku Azizah... Tidak Payahlah Bertandingl...
      • Formula (82 + 20 + 16 = 118)..insya'allah menang.....
      • Bukan Perakauanan Kreatif.. Tetapi Pemimpin PR ber...
      • DATO MUKHRIZ TAK LAYAK JADI TIMBALAN MENTERI PERDA...
      • BN Kedah Kehausan: Semua Straw Dalam Satu Gelas...
      • Bukankah syarikat putar alam ini milik rakan Mahdz...
      • SAMM terus ajak rakyat desak henti AES
      • Najib kena amaikan DOA neh...
      • BN: Satu badan, banyak kepala
      • 4 negeri Pakatan tangguh AES...Say NO to AES.. Say...
      • UMNO: Sudah hendak jatuh, masih mengaku gagah
      • Isu Jual Aset PKNS : BN seleweng fakta sebenarnya..
      • PNG: Pengurusan Tak Mencapai Standard
      • [BONGKAR] Penipuan SPR Terdedah Lagi, Kes Kejangga...
      • Mahathir Khalid mula kona sana kona sini bila jawa...
      • Tanda dan dalil untuk perubahan sudah nyata. Bersa...
      • Pimpinan UMNO sendiri mengaku ada pengkhianat sesa...
      • Majlis Pelakon Porno tak laku..20% belah ketika be...
      • Ahli-ahli Majlis akan buat Laporan Polis 2 Ke Atas...
      • PAS-DAP kukuh hubungan kerana ISA, sedar fitnah UM...
      • "Saya tak kata dia beruk," Ustaz Azizan
      • Akai UMNO & MCA tu orang dah baca dah laa.. tektik...
      • Edisi Papua - Betulkah "Bekas Menantu" punca semua...
      • Awasi lakonan Umno dalam hudud dan perpaduan Melayu
      • Imam Muda sahut cabaran Soi Lek untuk debat..!!!
      • Dakwaan Mukhriz Dibidas oleh SETPOL MB Kedah
      • Pemuda PAS pelawa Pemuda BN sertai laporan ke SPRM
      • [ADUAN] Guar Stesyen Gurun : GAMUDA & JKR KUALA MU...
      • Soi Lek hina Islam depan Najib.. Tak ada sapa pun ...
      • Chua Soi Lek patut dilantik menjadi Menteri Agama,...
      • Malang Orang Langkawi tak dapat main "Golf Free" s...
      • Petua nak Kenal pasti penagih dadah
      • Sekretariat ahli-ahli majlis PBT Kedah sifatkan pe...
      • UMNO, MCA dan Gerakan sama-sama 'berlidah biawak'
      • MB Kedah pertahan tindakan SUK Kedah
      • SPR & Penipuan Rakyat Umum Ke-13 - Ayat Songsang
      • AES: Satu Lagi Projek BN Merompak Rakyat
      • KP Gerakan Kedah ibarat "BEROK"
      • Paip baru di Sik atasi masalah air
      • Selongkap lagi FILE KERAJAAN (B) BN KEDAH - Jumpa ...
      • Operasi Lalang jadi batu asas kerjasama DAP-PAS ha...
      • Surat dari anak muda tak berparti ditujukan kepada...
      • Salam Aidil Adha dari warga KedahLanie
      • Simpati kepada bakal haji, petugas Tabung Haji...
      • Orang Melayu dikelirukan oleh UMNO
      • Mahathir tidak pernah mungkir janji?
      • Siri Jelajah KASE di KEDAH - Kenali dan Bangkit La...
      • Kenapa MUSUH ANWAR sering menembak beliau dengan p...
      • In dia punca NAJIB ponteng sidang dewan baru-baru ini
      • BN Kedah sudah start kena 'londeh' dengan Azizan.....
      • Cukai rokok dan AES cara pantas jana hasil pendapa...
      • "Mengapa semua projek-projek yang berkaitan dengan...
      • Kelaku FATHUL BARI nie 2X5 ja dengan NAJIB.. penak...
      • Pas desak Soi Lek mohon maaf
      • Selamat Ulang Tahun ke 68 MB Kedah..
      • KERAJAAN MALAYSIA lesapkan PAMPASAN RM207bilion Pa...
      • Biaq UMNO penin kerana pemimpin DAP pertahankan Ni...
      • Mahathir sahkan 'perjanjian syaitan' Umno dan MCA
      • Surat Ringkas Buat Chua Soi Lek
      • Mana pergi untung projek udang Kerpan RM6.15 juta ...
      • Kerajaan Kedah serah 394 lembu korban
      • Aduhai NAJIB... di LUAH mati BINI...bila di TOLAK ...
      • Kerajaan BN dulu sebat duit Kerajaan PR Lanie pula...
      • MUSANG BERJANGGUT dalam PENTADBIRAN negeri KEDAH y...
      • 01.11.2012 | Jom Himpunan Aman di Wisma Darul Aman
      • REZEKI KITA UMNO BN yang bagi.... bukan Allah Taal...
      • Jumpa di mahkamah, Mazlan beritahu Azalina
      • [VIDEO] Penyelewengan Besar Kerajaan BN Kedah terp...
      • PKR: Sanusi fitnah Anwar, tuduhan tiada asas
      • Ulama hanyut apabila sertai Umno
      • Perhimpunan Agong tahunan MCA mengesahkan BN akan ...
      • Awatlah KHIR TOYO dok mohon Ampon kat EXCO DAP nie...
      • Umno bolehlah berpesta habis-habisan apabila Chua ...
      • DARI FB SETPOL MB KEDAH - Pencerahan tiga isu besa...
      • Pemimpin yang bohong dan kencing macam KHIR TOYO n...
      • Siapa yang masukan PENDATANG DARI BURMA untuk PARL...
      • WARKAH TERBUKA KEPADA PEMIMPIN DARI RAKYAT YANG "L...
      • Penempatan polis di kuarters punca jenayah naik
    • ►  September (458)
    • ►  August (357)
    • ►  July (454)
    • ►  June (384)
    • ►  May (419)
    • ►  April (382)
    • ►  March (366)
    • ►  February (377)
    • ►  January (385)
  • ►  2011 (5837)
    • ►  December (418)
    • ►  November (449)
    • ►  October (454)
    • ►  September (392)
    • ►  August (456)
    • ►  July (437)
    • ►  June (561)
    • ►  May (541)
    • ►  April (565)
    • ►  March (644)
    • ►  February (509)
    • ►  January (411)

About Me

Kedahlanie
View my complete profile
Simple theme. Powered by Blogger.