kedahlanie

Showing posts with label Felcra. Show all posts
Showing posts with label Felcra. Show all posts

Saturday, October 13, 2012

FELCRA hutang Kedah dalam RM200juta

Tindakan Felcra dipersoal




ALOR SETAR - Tuntutan Kedah terhadap Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) melibatkan lebih RM200 juta dibangkitkan di Parlimen, Isnin lalu.

Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria berkata, pihaknya membangkitkan isu berkenaan supaya agensi Kerajaan Pusat itu memberi maklum balas sewajarnya berhubung isu berkenaan yang sebelum ini didedahkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

“Sehingga sekarang Felcra masih belum membuat pembayaran keuntungan RM200 juta kepada Kerajaan Negeri. Sejak perkara itu didedahkan, Felcra belum beri reaksi positif,” katanya,

Menurutnya, pihaknya turut mempersoalkan tindakan Felcra yang dilihat seolah-olah bermusuhan dengan Kerajaan Negeri apabila sehingga kini belum hadir mesyuarat yang diadakan oleh negeri.

“Benarkah RM200 juta yang sepatutnya menjadi hak milik Kerajaan Negeri, tidak disalurkan ekoran keengganan agensi terbabit hadir mesyuarat yang dianjurkan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat?” katanya.

Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria Perkara sama telah dibangkitkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak September lalu, di mana Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Incorporated (MBI) sedang membuat tuntutan terhadap Felcra, yang mengusahakan tanah milik kerajaan tetapi tidak menyerahkan hasil kepada Kerajaan Negeri seperti dipersetujui dalam perjanjian.

Mohd Nasir yang juga Ketua Penerangan Pemuda Pas Kedah berkata, pihaknya menggesa Felcra membuat penjelasan berhubung perkara itu dengan segera.

“Keengganan Felcra mahupun Pusat menyerahkan hak milik kerajaan negeri sebanyak RM200 juta itu menimbulkan persoalan,” katanya.

Menurutnya, difahamkan terdapat perjanjian yang dibuat di mana ada ladang-ladang yang dibangunkan oleh Felcra, sebahagiannya diambil daripada tanah-tanah yang diusahakan penduduk kampung.

“Pemimpin-pemimpin politik ketika itu berjanji bahawa akan diberi keutamaan kepada pengusaha-pengusaha tanah asal yang kebun mereka sudah mengeluarkan hasil, namun ianya tidak menjadi kenyataan,” katanya.

Mohd Nasir berkata, bagaimana pun hasil yang didakwa bawah perjanjian 60 peratus untuk Kerajaan Negeri dan 40 peratus untuk agensi Pusat itu tidak diagihkan.

“Saya harap Felcra dan kerajaan Pusat dapat bertindak dengan membuat pembayaran itu agar ia dapat digunakan untuk tujuan pembangunan serta keperluan rakyat Kedah,” katanya.

Menurutnya, pihaknya bimbang jika tindakan itu dipengaruhi unsur politik ekoran fahaman politik berbeza antara Pusat-Kedah.

“Mungkin pegawai terlibat sudah laksana tugas dengan baik tetapi atas arahan politik menyebabkan rakyat menjadi mangsa. Contoh, Felcra Kampung Bagan, Padang Terap di mana tiada penempatan penduduk tetapi ada penduduk menentang pengambilan tanah usaha mereka sekitar 80-an hingga 90-an,” katanya.

Difahamkan, ada yang menentang kerana mereka sudah mengusahakan kebun. Berdasarkan syarat untuk mendapatkan hak milik tanah, mereka mesti mengusaha tanah, namun setelah berhasil, mereka dipujuk pemimpin politik tertentu untuk diserahkan kepada agensi Pusat.

“Berdasarkan rekod, di peringkat awal 18 orang menentang pengambilan. Namun mereka terpaksa serahkan tanah atau kebun yang diusahakan kerana sudah berjanji, tanpa diberi pampasan. Masalah itu berlanjutan sehingga hari ini,” katanya.

Ini menyebabkan pengusaha asal bertindak menceroboh ladang yang diusahakan Felcra.

“Penduduk kampung tidak dapat tanah, sampai masa untuk dapat hasil, hanya agensi tertentu sahaja dapat manfaat daripada pembangunan tanah itu. Ianya seolah-olah tidak adil,” katanya.
Posted by Kedahlanie at 6:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Felcra

Wednesday, October 10, 2012

Kenapa Felcra belum bayar RM200 juta kepada Kedah?

KUALA LUMPUR: Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) sehingga sekarang masih belum membuat pembayaran keuntungan RM200 juta kepada Kerajaan Negeri Kedah.

Perkara itu diungkit Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria sewaktu membahaskan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.

Mohd Nasir turut mempersoalkan tindakan Felcra yang juga dilihat bermusuhan dengan kerajaan negeri apabila sehingga sekarang belum hadir mesyuarat yang diadakan oleh pihak Menteri Besar mahupun kerajaan negeri.

"Saya ingin meminta kepastian dan penjelasan kenapakah sehingga sekarang belum ada pembayaran keuntungan RM200 juta dibuat kepada Kerajaan Negeri Kedah.

"Malah dalam masa yang sama saya juga melihat seolah-olah Felcra ingin 'berperang' dengan kerajaan negeri apabila tidak menghadiri mesyuarat yang diadakan oleh pihak kerajaan negeri," katanya.

Tambahnya lagi, keengganan Felcra mahupun kerajaan menyerahkan hak milik kerajaan negeri sebanyak RM200 juta itu menimbulkan persoalan.

Malah menurut beliau lagi, terdapat perjanjian yang dibuat yang mana ada ladang-ladang yang dibangunkan oleh Felcra yang sebahagiannya diambil daripada tanah-tanah yang diusahakan oleh orang kampung.
"Dijanjikan oleh pemimpin-pemimpin politik pada ketika itu akan diberi keutamaan kepada pengusaha-pengusaha tanah yang asal yang kebun mereka sudah pun boleh mengeluarkan hasil.

"Tetapi itu tidak diberikan kepada pengusaha-pengusaha malah hasil yang dikatakan ada perjanjian 60 peratus untuk kerajaan negeri dan 40 peratus kerajaan pusat itu turut tidak diterima oleh kerajaan negeri," jelas beliau lagi.

Beliau yang berharap Felcra dan kerajaan pusat dapat bertindak dengan membuat pembayaran tersebut agar ia dapat digunakan untuk tujuan pembangunan serta keperluan rakyat di Kedah.
Posted by Kedahlanie at 6:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Felcra

Monday, September 17, 2012

FELCRA gagal jelaskan 60% pendapatan pulangan kepada Kjaan Kedah..sebab itu mereka disaman..

Kedah tuntut Felcra RM200 juta
ROSLINDA HASHIM
18 September 2012
 Kedah tuntut Felcra RM200 juta
Datuk Seri Azizan Abdul Razak 
 
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri sedang membuat tuntutan terhadap Felcra yang mengusahakan tanah milik mereka tetapi tidak menyerahkan hasil seperti yang dipersetujui dalam perjanjian.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tuntutan itu kini sedang disediakan oleh peguam yang dilantik bagi mendapatkan kembali hak rakyat Kedah.

“Tuntutan dibuat oleh Menteri Besar Incoorporated (MBI) terhadap Felcra. Memang Felcra perlu bayar pada kita sebab ada dalam perjanjian, di mana tanah diusahakan Felcra, babitkan 60 peratus untuk negeri dan selebihnya 40 peratus untuk agensi itu,” katanya.

Menurutnya, kegagalan Felcra menyerahkan buku kira-kira kepada MBI antara punca Kerajaan Negeri bertindak demikian.

“Kita tidak tahu bagaimana perbelanjaan yang dibuat, oleh itu sekarang kita minta.

"Perkara sama berlaku di Kelantan tetapi mereka dapat balik walaupun nilainya tidak banyak. Mulai tahun ini, kita akan buat tuntutan dan tunggu perkembangan selanjutnya,” katanya.

Azizan berkata, buat masa ini, MBI sedang mengenal pasti pemilikan tanah bawah MBI dan Felcra untuk memudahkan proses tuntutan.

“Surat tuntutan sudah bincang, cuma jumlah sebenar belum pasti, namun ianya melibatkan jumlah yang banyak,” katanya.

Menurut sumber, antara kejayaan MBI bawah kerajaan PR ialah membuat tuntutan kepada Felcra, di mana sekurang-kurangnya RM200 juta wang rakyat Kedah yang diabaikan oleh kerajaan terdahulu kini akan dikembalikan kepada rakyat Kedah, pembayaran akan dibuat berdasarkan perjanjian.

Difahamkan, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan, Felcra juga tidak membuat pembayaran.

Dalam perkembangan lain, Azizan menafikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dibuat rombakan besar-besaran akibat mengalami masalah.

“Setakat ini, tiada rombakan dibuat, semua GLC Kedah berjalan lancar. Saya adalah pengerusi MBI, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Permodalan Kedah Berhad (PKB), semuanya tiada masalah,” katanya.

Menurutnya, mungkin pada awal pengambilalihan, wujud beberapa masalah termasuk kewangan, namun selepas empat tahun PR menerajui Kedah, semuanya berjaya diselesaikan.

Sebelum ini, PKB ketika diterajui Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan tenat, namun berjaya dipulihkan sehingga mampu memberi sumbangan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM10 juta setahun.

Azizan menyifatkan ini suatu kejayaan dalam mengendalikan GLC Kedah, ekoran PKB berjaya melunaskan hutang tertunggak, malah dalam tempoh empat tahun, kembali aktif dan menyumbang hasil kepada negeri.
Posted by Kedahlanie at 11:30 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Felcra, Kerajaan Negeri Kedah, Ust Azizan Abd Razak

Nah ambik Kedah tuntut RM200j dari FELCRA..!!!

nantikan berita nya akan menyusul...
Posted by Kedahlanie at 7:30 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Felcra, Isu Negeri

Sunday, September 16, 2012

Selepas duit FELDA hangpa sapu..lanie belasah duit FELCRA pulak..???

oleh: Manjungmari

Belum lagi sampai tarik 28 Sept tarikh pembentangan bajet 2013,, Najib dah pun mula memfaraid wang rakyat untuk kepentingan bininya…

Jikalau dalam bajet beratus juta dibagi untuk program kesayangan Rosmah, PERMATA, tetapi yang ini secara kecilan sahaja…. untk program BAKTI… hangpa ke tak apa itu bakti..tak tau cari sendiri….

kompom! Tajudin Ramli kekal calon parlimen Pasir Salak! hahaha


Duit Felcra sepatutnya untuk penoroka Felcralah, yang hidup cukup-cukup makan aja,,, kenapa pi bagi untuk persatuan bini-bini menteri… apa cerita ni….

***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/09/16/duit-felcra-untuk-persatuan-bini-menteri/
Posted by Kedahlanie at 10:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Felcra, Felda
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Archive

  • ▼  2013 (958)
    • ▼  February (397)
      • Siaran Langsung Himpunan Pakatan Rakyat dari Shah ...
      • Celaka Kerajaan Negeri Selangor merobohkan Rumah R...
      • "Sekular" itulah musuh utama negara & umat Islam.....
      • Guan Eng - 2 bukti awal Umnop-BN hina Islam, tidak...
      • Mufti Perak tak reti layan YouTube sebab Pejabat M...
      • Andainya Ust Fadhil Noor masih ada.. apa jawapan y...
      • 14 tawaran Pakatan untuk kesejahteraan rakyat
      • BALA sudah buat sumpah lakhnat.. NAJIB bila lagik....
      • Siapa jual tanah Melayu di Pulau Pinang? Umnolah s...
      • Jatuhnya regim BN maka ramai yang akan ke Penjara ...
      • Pertahan Kedah pemangkin perubahan ke Putrajaya
      • BN Kedah diasak sampai ke hutan Pedu!
      • Berbeza pandangan sikit-sikit tu biasalah dalam or...
      • Patuk dan belit BN macam ulaq sawa - Azizan
      • Ceramah Merdeka Rakyat di Sg Petani - DS Anwar Ibr...
      • Rakyat sekarang ini bijak, boleh 'menyelam air dal...
      • Kebakaran Ruamah Tuan Guru Wan Izuddin Gajah Mati ...
      • Top Management dapat RM5,000,000 Rakyat dapat RM50...
      • Apa bukti DAP tindas agama Islam?
      • RM100 bilion Bank Negara rugi ketika 22 tahun era ...
      • TG Nik Aziz menjawab kenyataan Harusani "PAS lebih...
      • Patuhi dulu suruhan ALLAH..lepas tu baru kalut per...
      • Mengapa ulama berbeza pendapat?
      • 500 profesional muda berkumpul bincang bantu PAS
      • Apabila TG Hadi berbahasa mandarin...
      • HUDUD - Antara otak NAJIB & SULTAN BRUNEI..??
      • Subky Latif ziarah Dr Haron Din untuk menyelami po...
      • Siaran Langsung Jelajah Merdeka dari Sg Petani ber...
      • Jom pakat beli Sardin, Tamban & Stok Ubi Kayu.. ne...
      • Najib perlu selesai segera isu pencerobohan di Lah...
      • Nik Aziz - Orang yang memberi itu buat rakyat maca...
      • Exco Kedah - Penjelasan Hutang di Kulim Hi-Tech
      • Ini baru penerima BR1M boleh dipanggil "haiwan"
      • Renungan - Tak kelapaq pangkah Pas... !!!
      • Allah Huakbar.... Nak PERJUANGA KALIMAH ALLAH pun ...
      • Apakah Rahsia Apabila 4 General (B) menyertai PR.....
      • RCI - Orang buang UNDI mengaku sendiri...
      • Ustaz Azhar Idrus pertahankan Nik Aziz dalam isu BR1M
      • Abdul Hadi dakwa kerajaan Pakatan bebas rasuah
      • Menteri makan angin guna duit peneroka RM142,010 l...
      • Raja Nazrin: Antara PAS dan Umno
      • Pertahan Kedah pemangkin perubahan ke Putrajaya
      • TG Hadi & MB Kedah bersama Masyarakat Cina di Alor...
      • Kenapa Mahathir takut sangat jika BN kalah?
      • [GEMPAR] Apa kata Tan Sri Sheikh Kadir Terhadap An...
      • [BUKTI] UMNO lah punca MELAYU hilang kuasa di Pula...
      • 13,291,385...............angka penentu pemerintah ...
      • Malam nanti di Pendang akan muncul optimus prime b...
      • Mahathir bayangi pimpinan Najib?
      • Penjelasan isu HAIWAN... Nama kata UMNO jika tak s...
      • 18 ribu Kedai MAMAK sokong BN..ayuh kita jadikan m...
      • Gempar 26hb nanti di Kuala Kedah...!!!
      • Nampaknya nak jadi YB Ridhuan Tee pakai melepas la...
      • Depa kata selepas LIMA 2013 lah pulak..!!!
      • Dr Fadzilah Kamsah - Doakan saya sekeluarga agar ...
      • Pertembungan Mahzab antara Pakatan & Barisan...
      • Kesian tengok MURSYIDUL AM UMNO kehulu kehilir.......
      • Aduhai UMNO.. Pesta Pantun Sekolah Rendah pun hang...
      • Driver treler jelajah PAS teruja di beri peluang.....
      • Senarai Kenyataan-Kenyataan Hina Islam Oleh Pemimp...
      • Menangkis hujah UMNO dalam bab DAP jadi Perdana Me...
      • PAS Pusat: Tidak ada perpecahan di Kedah
      • Kalau Azizan terus tidur ...apa masalahnya?
      • Shah Kirit: Mematah Helah Orang Kristian Nak Guna ...
      • Pembubaran Parlimen- Hari ini atau bila pun apa be...
      • Azizan, 10 anggota exco Kedah angkat sumpah sessi ...
      • MB Kedah menjawab persoalan yang di ceritakan di a...
      • Guru KEMAS lagi banyak "JASA" daripada BEKAS TENTE...
      • Boleh mula belajar menjadi PEMBANGKANG wahai UMNO....
      • Mat Bashah kena "Boooooooo" masa kempen bagi duit ...
      • Persatuan Anak Kedah di Perantauan (Pakar) - MENYO...
      • Pekerja indah water & e-idaman dapat gaji USD8000 ...
      • [PANAS] UMNO Bahagian Jerlun bergaduh sampai tolak...
      • Berjuanglah menegakkan agama Allah
      • UMNO pengkhianat MELAYU sebenarnya...!!!
      • Awas !! Mahadet nie jenis manusia baling batu semb...
      • Berundurlah secara terhormat jika kalah pilihan raya
      • PRU-13 - BN tiada kelebihan?
      • Semakin dekat PRU13..Antara NAJIB & TUN siapa lagi...
      • Kepada pimpinan PAS..tak kira 6 selenden ka 3 sele...
      • Rupa-rupanya sudah berjuta ahli UMNO sertai pemban...
      • Mai nak habaq... DAP menang semua kerusi pun tak a...
      • Rali Kedah 14 Mac depan, promosi Bandarya Alor Setar
      • Karnival lelong hartanah di Alor Setar 25 dan 26 Feb
      • Antara intitusi pondok dan orang alim..!!!!
      • Najib nak tunjuk baik dengan buat ikrar intergriti...
      • Najib buat keretapi laju untuk rakyat Singapore..t...
      • Ustaz Azizan halang BN kempen anti Pakatan
      • Ni lah keluarga bakal MB kedah jika BN menang....
      • Sikit Sikit Sikit DAP... kenapa Melayu tak perlu t...
      • Betulkah Mukhriz di tolak kebanyakan UMNO di Kedah?
      • Bukti blogger Pakatan Rakyat dibayar tersebar!
      • ‘Saya kesal apa dilakukan ke atas Dr Fadzilah’
      • SPR daftar ikut suka depa rupanya..
      • Mengapa kerajaan tak berani usik Cina Pengerang?
      • Menjawab Mahathir: Kalau kita tolong dia, dia bala...
      • SADA sudah jadi SYABAS.. buat kelaku huduh nak bag...
      • Adakah ‘Gangster Pekan Style’ tajaan Umno-BN dires...
      • Teng dicabar dedah penyelewengan RM403 juta
      • Menteri Besar lawat ladang anggur di Sungai Senam
      • Inilah Puncanya TUN semakin kalut sekarang ini... ...
      • Pulunnya TUN berkempen mengalahkan Najib..pasaipa..??
      • Pimpinan PR wajib berpantang mulut dan lidah mulai...
      • KedahLanie jugak akan ditutup.....
      • UMNO punca KALIMAH ALLAH tergadai..!!!
      • Ramai Bekas Jeneral Tinggal Kem, Kenapa?
      • Kejayaan negeri bukti PR mampu tadbir negara
      • PKR & DAP...akan sentiasa bersama PAS
      • Deepak ke Najib: Jangan gigit tangan yang suap anda
      • Dunia politik mahathir bukan sesuai di era zaman f...
      • Saat Saat Akhir Kerajaan Najib
      • 4 bekas orang besaq tentera joint Pakatan Rakyat...
      • Sekali Lagi Najib Dimalukan Oleh Pengundi Cina
      • Kesatuan Rusia bawah Mikhail Gorbachev pun tumbang...
      • Ramai dapat manfaat Program Mesra Rakyat Daerah Sik
      • KEDAH menewaskan Kuala Lumpur SPA 2-1
      • Video Panas Pengumuman Dr Haron Din Keluar Pas
      • Banjir kat Puchong pun mau jadi isu politik ke.......
      • Aduhai Ridhuan Tee.. Dia nie melayu ka cina..?
      • UMNO itu pertubuhan haram, maka tidak sah memimpin...
      • Apa beza prngganas di Sabah dengan di Sauk dan Mem...
      • Ada pimpinan PR masih gagal hayati tempo peperanga...
      • Teliti maksud mendalam kenyataan Presiden PAS
      • Kuwait Malaysia: Mendengar rintihan pegawai Petronas
      • Mari kita bantu Nur Farahin Fateen ringankan beban...
      • Projek Menyamar sebagai AHLI PAS buat demo terkant...
      • Apakah kenyataan Harun Taib ini merupakan sabotaj ...
      • Parti Arak Batu Feringgi - Dalang di sebaliknya su...
    • ►  January (561)
  • ►  2012 (4917)
    • ►  December (408)
    • ►  November (471)
    • ►  October (456)
    • ►  September (458)
    • ►  August (357)
    • ►  July (454)
    • ►  June (384)
    • ►  May (419)
    • ►  April (382)
    • ►  March (366)
    • ►  February (377)
    • ►  January (385)
  • ►  2011 (5837)
    • ►  December (418)
    • ►  November (449)
    • ►  October (454)
    • ►  September (392)
    • ►  August (456)
    • ►  July (437)
    • ►  June (561)
    • ►  May (541)
    • ►  April (565)
    • ►  March (644)
    • ►  February (509)
    • ►  January (411)

About Me

Kedahlanie
View my complete profile
Simple theme. Powered by Blogger.