Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata ini perlu dilakukan kerana mendakwa kerajaan tidak menunjukkan sebarang langkah untuk menyelesaikan masalah lepasan guru yang menganggur.
Katanya, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah mengenai masalah tersebut.
Majoriti guru siswazah adalah lulusan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), yang diuruskan oleh Yayasan Pintar.
Yayasan Pintar dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang turut dianggotai timbalan perdana menteri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Yang lainnya ialah ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mustapa Mohamed, yang juga seorang menteri, dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Rafizi berkata, dengan mengambil kursus perguruan di institusi swasta, para pelajar mengharapkan dijamin mendapat pekerjaan.
Menurutnya lagi, siswazah tersebut perlu membayar pinjaman PTPTN antara RM20, 000 hingga RM30, 0000 tetapi mereka menganggur.
Di samping itu, dakwa Rafizi, tidak ada penyelarasan yang sewajarnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran dalam menyelesaikan isu tersebut.
No comments:
Post a Comment