Saturday, December 1, 2012

7hb nanti PR nak buat himpunan UMNO pun nak buat jugak tapi..!!

Himpunan 50K Pemuda UMNO Kedah 7 Dec batal sebab penganjur sukar nak dapat sokongan

Oleh: Tok Non

Media maya UMNO Kedah telah memukul canang seantero dunia bahawa Pemuda UMNO Kedah akan adakan 'Himpunan 50 Ribu Pemuda UMNO Kedah' pada 7 Disember 2012 di Taman Tema Tasik Bandar Darul Aman.

Tup tup maklumat yang Tok Non terima dari rakan cybertrooper UMNO, program itu terpaksa dibatalkan sebab penganjur tak yakin nak himpun sampai 50 ribu orang. Kalau mai 5 ribu pun dah besaq tuah. Apatah lagi tarikh 7 Disember itu akan ada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti. Icon anak muda Ustaz Azhar Idrus akan hadir, ahli-ahli Pemuda UMNO pun dijangka ramai akan ke Pentas Icon Anak Muda itu.
Sebab yang kedua ialah bajet tak turun lagi. Nak himpun 50 ribu orang kena upah satu kepala RM50 paling koman... 50,000 x RM50 = RM2.5 juta, tentulah peruntukan itu kena mai dari Najib. Maka menurut sumber tersebut, sebab itu program itu terpaksa dibatalkan.

Dalam dok tengah nazak teruk macam tu pun jangan... dalam Pesta Fitnah UMNO di PWTC bercakap berdegaq-degag dengan penuh takabur, ego, riak dan ujub nak rampas Kedah kunun.

'Jangan Serah Kedah Dekat Penyamun.'

Himpunan Kebangkitan Rakyat di JOHOR "GAGAL" ..!!!

NAMPAKNYA JIKA MACAM NIE PUNYA SAMBUTAN KIRA UMNO BN GAGAL UNTUK MENGHALANG DARI RAKYAT BANGKIT DAN DATANG KE HIMPUNAN INI.

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT NEGERI JOHOR.....LAGI PAKATAN RAKYAT DAN KEPIMPINANNYA DISERANG DIPWTC, LAGI RAMAI RAKYAT DATANG!!!!!... NEGERI KELAHIRAN DAN KUBU UMNO PALING KUAT DIDUNIA SUDAH GOYANG!!!!! 

BIAR GAMBAR BERBICARA...




BIAR GAMBAR BERBICARA...

LOKASI:- DATARAN RAKYAT, PARIT SALLEH ROS, PARIT RAJA, BATU PAHAT JOHOR,

ACARA:- HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT PERINGKAT NEGERI JOHOR.

Lagi garang UMNO menyerang DSAI/TGNA/TGHA/LKS/LGE/PAS/PKR/DAP/PR, lagi berduyun-duyun rakyat turun datang.

Ribuan rakyat berbilang kaum yang hadir membuktikan rakyat kini sudah bersedia dan bertekad mau melakukan perubahan

SATU TEKAD SATU HASRAT SATU MATLAMAT...PUTRAJAYA MAU DISERAHKAN KEPADA PAKATAN RAKYAT.
Ancaman UMNO bakal tumbang pada PRU 13 nanti bukannya perkara yang main-main... ini adalah satu andaian yang serius, satu senario yang bakal jadi kenyataan. UMNO SUDAH TIDAK BOLEH ELAK DAN LARI LAGI.

Dulu bila pihak lawan nak anjurkan apa jua program di Johor, lebih petugas dari yang datang. Kini itu sudah jauh berubah. Setiap program anjuran PAS/PKR/DAP atas nama gagasan Pakatan rakyat, puluhan ribu yang datang sudah perkara biasa.

TANYA SAMA NAJIB MENGAPA KAU GOYANG, NANTI JAWAB NAJIB UMNO NAK TUMBANGGGGG.

http://omakkau.blogspot.com/2012/12/himpunan-kebangkitan-rakyat-negeri.html

Harimau terkam Garuda.. tahniah..!!!

Harimau Malaya makin garang


PENJAGA gol Malaysia, Farizal Marlias berjaya menangkap kemas bola percubaan pemain Indonesia pada aksi Kumpulan B Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.



MASALAH komunikasi dilihat masih menghantui skuad Harimau Malaya sebaik melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012 apabila membenam Indonesia 2-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Andai ia tidak diatasi segera, tidak mustahil anak-anak buah Datuk K. Rajagobal berdepan tugas getir ketika melayan kunjungan juara Kumpulan A, Thailand dalam aksi separuh akhir pertama pada 9 Disember ini.

Kesukaran benteng pertahanan Harimau Malaya mengekang larian deras Andik Vermansyah, Elie Aiboy dan Oktovianus Maniani malam tadi juga seolah-olah memberikan petunjuk jelas buat Thailand nanti.

Namun pada masa sama, kejayaan menewaskan Sang Garuda malam tadi sememangnya detik yang paling istimewa buat seluruh rakyat Malaysia, sekali gus mengulangi kecemerlangan final edisi dua tahun lalu yang menyaksikan Malaysia muncul juara buat julung kalinya.

Ternyata, skrip yang lebih kurang sama seperti mana edisi dua tahun lalu masih menjadi pilihan Rajagobal kali ini apabila kembali bangkit melakar dua kemenangan bergaya setelah dikejutkan Singapura 0-3 dalam aksi pembuka tirai kumpulan, Ahad lalu.


Sebaik membelasah Laos 4-1 dalam perlawanan kedua, Harimau Malaya tidak lagi menoleh ke belakang apabila menjadikan Sang Garuda sebagai medan melepaskan geram malam tadi sebaik dikritik hebat penyokong fanatik negara pada permulaan kempen kali ini.

Lebih manis, kekalahan Indonesia itu juga bermakna Sang Garuda ditunjukkan jalan keluar lebih awal dalam kempen kali ini setelah Singapura berjaya menewaskan Laos 4-3 dalam satu lagi aksi dramatik kumpulan yang berlangsung serentak di Stadium Shah Alam malam tadi.

Dengan keputusan itu, Singapura muncul juara kumpulan biarpun berkongsi enam mata dengan Harimau Malaya, namun kedua-dua pasukan dibezakan dengan jaringan gol.

Dalam perlawanan malam tadi, Harimau Malaya nyaris 'lemas' dengan asakan bertali-arus Sang Garuda yang dilihat beberapa kali berjaya memerangkap benteng pertahanan negara yang diterajui Aidil Zaquan Abdul Razak dan Mohd. Fadhli Shas.

Masalah komunikasi antara jentera tengah dan benteng pertahanan negara juga nyaris mengundang padah pada awal babak pertama, mujurlah kecekapan penjaga gol negara, Farizal Marlias melegakan lebih 60,000 penyokong tuan rumah.

Namun, keghairahan skuad kendalian Nil Maizar memburu gol awal akhirnya dihukum pasukan negara apabila Azammuddin Mohd. Akil tenang memecah kebuntuan pada minit ke-26.

Pemain pertahanan, Mahalli Jasuli menambah derita Indonesia apabila menggandakan kelebihan tiga minit kemudian hasil hantaran kemas Wan Zack Haikal Wan Nor sekali gus mengatasi jangkauan penjaga gol lawan, Wahyu Tri Nughoro.

Indonesia yang terdesak memburu gol penyamaan dilihat semakin garang lantas mengundang aksi kasar beberapa pemain negara selepas itu sehingga memaksa pengadil dari Uzbekistan, Kovalenko Valentin melayangkan kad kuning kepada Aidil dan Shakir Shaari.

Mujur kebijaksanaan Fadhli dan Zubir Azmi merantai pergerakan Andik dan M. Syafiq sepanjang babak kedua juga menyebabkan Indonesia berputih mata bagi menyamakan kedudukan.

Begitupun, kecederaan beberapa pemain seperti Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha yang dilihat terhincut-hincut pada penghujung babak kedua dilihat meresahkan menjelang pertemuan menentang Thailand nanti.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2DqVPk9W6

Hakcipta terpelihara

Pesanan kepada Geng Fathul Bhari dan Ulamak Muda


NAJIB lebih lemah dari PAK LAH rupa-rupanya..!!

PAU 2012 membuktikan Najib lebih lemah dari Pak Lah

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon maaf sebanyak 3 kali kepada rakyat 'atas kekhilafan kerajaan' menggambarkan beliau lebih teruk 'gagal' berbanding Perdana Menteri sebelumnya, Abdullah Ahmad Badawi.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin permohonan Najib itu kerana kegagalannya mengurus tadbir negara dengan baik.
"Najib sedar beliau tidak dapat menyempurnakan tugas dengan baik untuk mengangkat negara ke arah yang lebih baik.
"Dan ini menunjukan beliau rasa beliau lagi gagal dari Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi)," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Sebelum ini, pada Mac lalu ketika satu majlis di Baling Kedah, Najib juga pernah membuat rayuan momohon maaf kepada rakyat negeri itu atas kesilapan dalam pilihan raya umum lalu yang menyebabkan mereka ditolak di negeri itu.
Dalam satu majlis di Pelabuhan Kelang dua minggu sebelum itu, Najib juga memohon maaf dan mengakui bahawa BN ada melakukan beberapa kesilapan di negeri Selangor sehingga mereka ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya 2008 lalu.
Mengulas lanjut, Salahuddin juga berkata, rakyat boleh memaafkan Umno BN atas kegagalan mereka namun tidak bermaksud rakyat akan terus memilih parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Mungkin rakyat boleh memaafkan Umno BN tapi tidak bermaksud rakyat akan terus memberi peluang kepda mereka. Memaafkan dan terus memilih dua perkara berbeza," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Justeru katanya, tiada masalah bagi rakyat memaafkan Umno BN tapi jangan sampai memberi peluang kepada parti yang terbukti gagal.
"Memaafkan itu boleh tapi pastikan rakyat tidak memilih parti yang gagal lagi dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
Najib dalam ucapan dasarnya dilaporkan sebagai berkata,"bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah. Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan"
 
p/s : Kalau dah tau buat salah, undur jer la macam yang diamalkan oleh negara Jepun. Bukan dah banyak buat salah tapi tetap nak kekalkan kuasa lagi. Yang tu hipokrit namanya.
Kalau dalam PRU13 nanti tetap Umno/BN yang berkuasa, maka makin banyak kesalahan dan kesilapan yang akan di lakukan kerana ego makin menebal kerana dah ternyata buat kesilapan pun masih di terima oleh rakyat.
Lastly, jangan ingat rakyat bodoh dan mudah melupakan segala kesilapan dan kesalahan yang di lakukan oleh Umno/BN yang semakin membebankan rakyat.

..AWAS.....Altantuya sedang bergerak ke PWTC..

Altantuya Hidup Balik Sedang Bergerak Ke PWTC

Petang ini Ha Najib Razak dan pemimpin Umno akan menyimpulkan segagala perbahasan dalam perhimpunan agung Umno termasuklah menyimpulkan segala macam maki hamun, sumpah saranah yang dilemparkan ke atas pembangkang selama empat hari bersidang.
Bila besar nanti anak ini akan mencari pembunuh ibunya.
Bagaimana pun bukan kesimpulan terhadap maki hamun perwakilan kepada pembangkang termasuk sinikal kejam Mohamad Alwi Che Ahmat kepada Nik Aziz itu yang dinanti-nantikan, tetapi apa ditunggu ialah jawaban Najib kepada beberapa isu yang meletup di luar dewan merdeka merdeka.

Isu yang meletup di luar dewan merdeka sangat dinanti dan menuntut Najib membuat penjelasan. Bahkan isu-isu itulah menjadi signifiken kepada perhimpunan terakhir Umno sebelum parti itu akan kehilangan keramat.

Tanpa penjelasan terhadap isu-isu yang meletup itu berbagai resolusi dan usul yang diamnbil di perhimpunan tidak bermakna. Ia sia-sia saja dan meletihkan. Mungkin kira-kira 2,500 perwakilan Umno - itu pun tidak semua berpuas hati dengan perhimpunan kali ini, apalah lagi dengan pemerhati dan rakyat di luar sana, mereka lagi tidak berpuas hati kerana apa yang disaksikan di dewan merdeka itu adalah sandiwara klasik yang diulangi.

Isu-isu panas dan yang menjadi seperti bom jangka yang diletupan diluar dewan menuntut penjelasan tuntas dari Najib Razak. Najib tidak dapat mengelakkan kerana ia menyentuh soal integriti kerajaan beliau dan Umno. Makanya isu-isu ini menjadi sangat terdesak untuk dijawab oleh Najib dan menjadi prioriti daripada terus mengulas dan memperpanjangkan ejekan kepada kepada pembangkang.

Bagi ahli Umno mereka akan balik bagaikan itik pulang petang - 'biyan' (tembolok) penuh dengan dengan makanan dan esok akan buang najis dalam reban; sebab di perhimpunan atau untuk hadir ke perhimpunan itu semuanya disediakan termasuk makan minum dan wang saku. Begitu juga isu-isu dan bahan fitnah telah dibekalkan kepada mereka untuk diecerkan di kampung-kampung, tetapi tidak bagi orang ramai mereka mempersoalkannya mengenai isu-isu yang meletup di luar dewan itu.

Bagi orang ramai dan rakyat mereka tidak lagi fokus kepada apa yang dijelaskan didalam dewan berhubung maki hamun tetapi apa ditunggu-tunggu ialah jawaban kepada apa yang ditimbul menerusi isu yang meletup di luar dewan merdeka, itu yang sangat meruja dan mengejutkan. Isu-isu itu bagaikan halintar yang memanah kepala Najib dan Umno.

Isu-isu dimaksudkan ialah mengenai pendedahan Deepak Jaikishan mengenai penglibatan keluaraga Najib yang membantunya berhubung urusniaga taukeh karpert itu dalam perkongsian pembelian sebidang tanah dengan seorang wanita Umno. Ada kemisterian di sebalik urusniaga itu dan inilah yang menjadi tanda tanya.

Apa didedahkan Deepak Jaikishan itu satu rahsia besar yang selama ini cuba disembunyikan. Walaupun perkara ini sudah menjadi persoalan tetapi ia seakan tersembunyi sekejap dan kini timbul balik. Semuanya bermula apabila Deepak Jaikishan dikatakan ditipu atau dipermain-mainkan oleh wanita Umno berhubung dengan pembelian tanah. Deepak Jaikishan baru mengenali hati budi bagaimana seorang wanita Umno.

Penipuan atau pun pembolotan harta rakyat bukan saja dilakukan oleh ahli Umno jantan dan muda tetapi ahli wanita Umno tua dan wanita Umno remaja juga.  Mereka adalah sama saja menipu dan membolot harta rakyat. (Apologi kepada orang Umno yang tak makan bangkai).

Mungkin soal Deepak ditipu oleh wanita Umno itu tidak begitu besar dan membimbangkan. Yang lebih parah dari itu ialah apabila Depak membayangkan dia terlibat dalam kerja-kerja untuk mempengaruhi penyiasat persendirian P Balasubarmanian agar mengubah akuan bersumpah (SD)nya yang membabitkan pembunuhan Altantuya.

Dalam SD pertama penyiasatan itu ada menyebut bahawa pembunuhan Altantuya ada sangkut paut dengan Najib atau individu tertentu keluarganya. Bagaimana pun tidak semena-mena SD itu diubah dengan memadamkan beberapa penjelasan dan pengakuan awal termasuk sangkutan dengan Najib tadi.

Pengubahan SD oleh Bala itu dilihat ada kaitan dengan peranan Deepak manakala Deepak pula dilihat seakan  mendapat sesuatu (upah atau imbuhan) di sebalik usahanya sehinggakan SD pertama Bala itu dipinda. Inilah orang nampak di sebalik isu Deepak ini yang boleh menyebabkan darah Najib akan naik sampai ke rambut.

Jadi kemunculan Deepak beberapa jam menjelang Najib memberi ucapan utama di dewan merdeka sesuatu mengejutkan. Dan ia sudah tentu isu ini menyebabkan Najib menggeletar dan menuntut dia menjawab pada ucapan penggulungan nanti. Tanpa jawaban Najib rakyat diluar sana akan tetap beranggapan isu yang disebut Deepak itu adalah benar dan Najib terus hendak menyembunyikan anak 'arbok' di dalam kocek bajunya.

Isu kedua ialah mengenai pendedahan bekas IGP Musa Hasan kononnya Hishamuddin Hussein telah membuat arahan langsung kepada polis tanpa diketahui olehnya sebagai ketua polis. Apa dilakukan Hishamuddin adalah satu penyalahgunaan kuasa yang besar. Kita semua ingat macam mana Anwar Ibrahim pernah dituduh melakukan penyalahgunaan kuasa apabila beliau meminta polis bertindak dan mengawal  seorang betina sial yang menabur fitnah ke atasnya.

Natijah dari tindakan itu menyebabkan Anwar didakwa atas kesalahan rasuah. Jadi apa dilakukan Hishamuddin seperti mana didakwa Musa itu sama dengan apa yang dilakukan ke atas Anwar. Dari segi semangat kejadian itu Hishmuddin juga perlu ditangkap dan didakwa kerana menyalahgunakan kuasa sebagai Menteri Dalam Negeri. Adalah tidak adil, dan nampak sangat undang-undang kita haprak kalau ianya dikenakan kepada seseorang dan seseorang lain pula dilepas dan dibebaskan.

Mengenai salah laku Hishamuddin ini Najib kena bertanggungjawab. Dia kena perjelasakan. Dan sekiranya apa didakwa Musa itu tidak betul, Najib perlu untuk mengarahkan agar Musa Hasan ditahan hari ini juga kerana pendedahan dibuat itu menyentuh soal intergriti kerajaan dan ia mencabar transformasi Najib yang kononnya mahukan ketelusan dan keadilan dalam parti dan kerajaan.

Isu ketiga ialah yang berkaitan dengan isu pertama tadi. Tidak semena-mena isu pembunuhan kejam ke atas Altantuya hidup kembali. Kalau sebelum ini kematian Altantuya sudah hampir hilang dan luput bersama kerangka dan debu-debunya yang dibawa pulang ke Olur Batur Mongolia, tetapi kini ia hidup kembali.

Dengan apa didedahkan oleh Deepak itu dan mengambil kira penyalahgunaan kuasa dilakukan Hishamuddin menyebabkan tulang-tulang Altanyuta yang berselerak kini bergerak dan berhimpun membentuk lembaga Altantuya. Cebisan daging yang hancur dan menjadi debu dan humas kini berhimpun dan berpadu kembali kemudian melekat ditulang mengikut kedudukan asalnya. Justeru kini lembaga Altantuya bangkit dan bangun kembali.  Dia kini sedang berjalan perlahan-lahan menurun Bukit Puncak Alam dan menuju ke PWTC.

Kemudian ia berjalan dan bergeliwat di dewan merdeka. Makanya sudah tentu Najib dan pemimpin Umno termasuk Zahid Hamidi kena halau lembaga itu, kena runtuh lembaga Altantuya itu. Sekiranya Najib dan pemimpin Umno gagal menghalaunya sudah pasti lembaga Altantuya yang dijampi oleh P Balasubarmanian dan Deepak akan bergerak dan berjalan.

Lembaga Altantuya akan round seluruh Malaysia menceritakan nasibnya, menceritakan siapa matermind membunuhnya dan akhir sekali akan menunjuk kepada 29 juta rakyat Malaysia siapa mencengkek lehernya sebelum ditembak. Keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan Azilah Omar yang membunuh Altantuya tidak akan muktamad. Dunia tetap akan meragui keputusan itu sampai ke bila-bila?

Makanya petang yang mulia nanti kita sama-sama tunggu apakah Najib dan pemimimpin Umno bersuara atau tidak tentang segala isu itu. Dan kalau pun mereka bersorak kegembiraan kerana perhimpunan itu berjaya menggemburkan semangat, menguatkan tekad, tetapi percayalah nun jauh di lubuk hati, mereka digodam keresahan dan setiap telinga orang Umno terdengar dengan rintihan tolonggg... tolonngggg.... dari Altantuya Sharribbu. [wm.kl.10:17 am 01/12/12]
 
Mohd Sayuti Omar, 

Ekonomi Anwar "High Class". Ekonomi Najib "Takda Class"

oleh Tulang Besi

Presiden UMNO dalam Ucapan Dasar beliau sempena Perhimpunan Agung UMNO telah menyerang Dato Seri Anwar Ibrahim dari sudut ekonomi.

Dato Najib dilaporkan berkata:


Mungkin Dato' Najib lupa bahawa sebab musabab utama Anwar Ibrahim dipecat dan diaibkan serta difitnah adalah kerana beliau tidak mahu membenarkan wang negara digunakan untuk menyelamatkan kroni2 UMNO yang sedang kepanasan dan menghadapi maut dikala itu.

Apa hak Najib mempersoalkan rekod Dato Seri Anwar Ibrahim? Apakah rekod Dato Najib ni baik sangat?

Carta di bawah boleh memberi gambaran perbezaan kedua2 Menteri Kewangan (Anwar vs Najib):



Untuk melihat fakta dari sudut statistik pula, sila rujuk gambarajah di bawah:

Makanya dinasihatkan kepada PRESIDEN UMNO supaya memeriksa fakta terlebih dahulu sebelum membuka mulut. Nanti malu sampai tak tau nak letak muka kat mana.