Saturday, January 15, 2011

Dulu PAS dok buat.. Sekarang UMNO pulak dah buat tapi PAS..????

 Apa ni woiii... jangan cantas cantas laahh... haha...



Cantas dalam UMNO buka ruang kepada pembangkang
Pagi tadi, Mukhriz bersama 100 penduduk di kampung itu bersolat Subuh di Masjid Jamik Al Syahida yang diimamkan oleh imam masjid, Mohd Saad Bakar. 
KULIM: Amalan cantas mencantas di kalangan pemimpin UMNO akan membuka lebih ruang kepada kemaraan pembangkang yang sentiasa mencari faktor untuk melemahkan aktiviti jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pemimpin Umno Bahagian di Kedah perlu menjauhi amalan politik cantas jika mereka bertekad mahukan BN merampas semula Kedah pada pilihan raya umum akan datang.


"Kita tidak lagi sanggup melihat senario pilihan raya umum ke-12 berulang kerana kini Perdana Menteri berusaha keras mengembalikan kepercayaan pengundi yang dipesongkan pengaruh kempen pembangkang," katanya kepada pemberita pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Terat Batu, Padang Serai, dekat sini hari ini.

Mukhriz diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad berhubung isu amalan cantas mencantas di kalangan pemimpin Umno di Kedah yang disifatkannya akan melemahkan usaha menawan semula Kedah daripada pembangkang. Mukhriz berkata, pemimpin dan anggota Umno di Kedah kini perlu menumpukan kepada perpaduan dan kerjasama lebih padu dan erat kerana amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dijadikan kenyataan.

Program anjuran Umno Bahagian Padang Serai itu bermula dengan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu bermalam di rumah seorang penduduk di kampung itu malam semalam.

Pagi tadi, Mukhriz bersama 100 penduduk di kampung itu bersolat Subuh di Masjid Jamik Al Syahida yang diimamkan oleh imam masjid, Mohd Saad Bakar. - BERNAMA

1 comment:

  1. Nak rakyat sokong dia sebab tu cakap macam tu...bijak memang bijak pemimpin UMNO nie dalam menipu...nasib baik lah yang ditipu penyokong UMNO....depa nie memang dilahirkan untuk ditipu....

    ReplyDelete