Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama. Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:
> Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR); Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM), Pejabat Peguam Negara dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.
> Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
> Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
> Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas (IPP)) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
> Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.
> Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
> Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
> Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
> Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.
> Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

bagus.. teruskan usaha murni kita.. amin...
ReplyDeletesapa leh bagi jaminan yg pakatan rakyat takkan guna alasan kerajaan skrg korup bila pakatan naik takhta nanti..janji 100 hari leh buat tapi lepas tu???rakyat gak kena tanggung....aku penyokong bebas tapi bukan geng parti bebas
ReplyDeleteanon 12:41,
ReplyDeleteini pandangan aku:
Pakatan Rakyat bukan gabungan macam BN.Dalam BN,kuasa mutlak ada pada UMNO,tetapi dalam PR kuasa pengimbang ada pada semua parti iaitu PAS,PKR,DAP.
Tengok check and balance sekarang dalam PR.
Kalau pemimpin PKR salah guna kuasa,pemimpin DAP dan PAS tak akan duduk diam.Begitulah sebaliknya.
Paling utama,yang membedakan BN dengan PR ialah suara ahlinya.
Ahli PR sentiasa lantang bersuara,mana yang tak betul akan ditentang habis habisan kerana kebanyakan penyokong bawahan PR adalah juga macam anon 12:41,kita tak pernah harap duit dimasukkan dalam mulut untuk menutup mulut.
Ini berlainan dengan pemimpin dan ahli umno-mic yang sentiasa terngaga mulut untuk disuap.