Thursday, January 13, 2011

Kali pertama Kedah berjaya melangkau paras defisit sebanyak RM19 juta


Ditulis oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Kerajaan negeri berjaya mencatat sejarah kerana berjaya melangkau paras defisit bagi tahun ini sebanyak RM19 juta yang telah dibentangkan pada Bajet 2011 pada November 2010.

Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, kerajaan negeri telah melangkaui paras defisit bagi tahun 2011 walaupun tahun 2010 belum berakhir.

“Menjadi sejarah di Kedah apabila kita (kerajaan) telah berjaya mengumpul semua wang yang ada bagi melepasi defisit RM19 juta bagi tahun 2011, belum pun habis tahun 2010, kita lihat pada akaun, kita dah tak ada defisit, malah kita ada lebihan wang.


“Ini juga adalah hasil daripada hasil usaha kerajaan negeri yang mengawal ketat pengaliran wang keluar, belanja berhemah dan hasil cukai pendapatan.

“Awal tahun saja kita telah melangkaui defisit, jadi apa yang dirancangkan dalam Bajet 2011 dapat kita laksanakan, jika kerajaan persekutuan tak bagi pun kita boleh buat,” jelas beliau pada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco.

Ini membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mampu memerintah bagi menyangkal dakwaan sesetengah yang mengatakan PR tidak mampu untuk mentadbir.

“Saya bagi contoh macam Skim Kafalah yang kita buat, jika pentadbiran dulu tak boleh bagi, tapi pentadbiran sekarang boleh bagi,” ujar beliau.

5 comments:

  1. Alhamdulillah..
    Tabung tu simpan elok2 takut ada puak2 yang teringin nak pecahkan pulak...
    Jalan bila nak repair..teruk sangat nampak....

    ReplyDelete
  2. gunakan semula duit lebihan untuk rakyat Kedah.tak ada guna kalau heboh ada lebihan tapi rakyat bersungut akibat tak dapat faedah daripada lebihan ini.
    jalan jalan banyak berlopak dikampung dan taman,gunakan duit ini untuk kerja baiki.
    kalau depa kata,ini dibawah tanggong jawap kerajaan pusat,apa salah nya guna duit ini untuk faedah rakyat.kalau ada bantahan drp pusat,hampa jangan pandai pandai,ini kerja kami,waktu itu baru kita tengok apa servey kata.

    Kisah sampah jangan lupa:Aku cuma bagi peringatan-sudah ada ahli PAS buat rancangan sebagai bantahan dengan hantar 2 lori sampah ke Majlis Pembandaran kalau isu sampah tidak berkesudahan.

    ReplyDelete
  3. bangang punya kerajaan pas..hangpa punya pendapatan banyak bukan sebab hangpa pandai mentadbir..tp hangpa dok makan kedarah balak kat Sik sampai beratus2 juta setahun..x malu ka woi..nama ja islam..

    kesian kat org Sik wei..hangpa x tau ka setiap kali hujan lebat mesti ada banjir lumpuq kat sik..ni suma sebab balak yang hangpa tebas habih la kat hutan tu..
    pastu ada hati nak ngku pandai mentadbir konon..piirah

    ReplyDelete
  4. ada orang kata,anjing kalau menyalak bukit tak ada gunanya.
    tapi bagi aku,anjing yang menyalak bukit tu lebih baik daripada pasang tape menyerupai suara anjing dan bersalak.
    orang yang terlatih bagi melatih anjing,bolih tau apa yang anjing tu mau.tapi kalau guna tape suara anjing,bukan susah,tapi mustahil untuk yang terlatih dengan anjing pun untuk tahu apa kehendak anjing tu.
    maka bersalaklah wahai pengguna tape bersuara anjing.

    ReplyDelete
  5. Baguih! Baguih! Satu pencapaian tu..Masa ni lah nak kena buat review performance anak-anak syarikat @ SLC juga. 3 tahun pegang company adalah masa yang amat sesuai untuk menilai hasil semaian sendiri. Baru kita boleh tahu, siapa yang berkelayakan. Dengar cerita macam-macam SLC Kedah banyak yang lintang pukang. Kulim Hi-Tech, Kedah Comm. Event pun katanya dah rugi berjuta. Ada yang dalam dok papa pun masih nak bergaya. Kena tengok la sama.

    ReplyDelete