-utusan-
ALOR SETAR 14 Jan. - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan memperluaskan operasi tempat letak kereta secara berkupon ke beberapa lokasi di seluruh bandar ini mulai 1 Februari ini.
Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Khazali Din berkata, sistem tersebut akan berkuat kuasa di Persiaran Abdul Hamid, Jalan Putra, Jalan Sekerat dan Jalan Sepintu serta kawasan sekitar.
"Ia turut dilaksanakan di Jalan Teratai, Shahab Perdana, Taman Industri Kristal, pekan Kuala Kedah dan Simpang Kuala," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, MBAS turut memerlukan khidmat ejen kupon tersebut bagi melancarkan operasi dan memudahkan orang ramai mendapatkan kupon tersebut.
"Mana-mana pihak yang berminat, boleh dapatkan maklumat lanjut di Unit Tempat Letak Kereta di pejabat MBAS," katanya.
Dalam pada itu, kata Khazali, permohonan untuk orang awam mendapatkan sewa petak khas tempat letak kereta dan pelekat bulanan tempat letak kereta sudah dibuka di Unit Tempat Letak Kereta MBAS.

No comments:
Post a Comment