Saya mengikuti perkembangan mengenai cabaran debat Anwar Ibrahim ke atas Perdana Menteri Najib Razak mengenai isu isu ekonomi khusus mengenai Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat vs Program Transformasi Ekonomi Kerajaan (ETP).
Lebih mengejutkan apabila Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar kanan) pula yang kelihatan begitu bernafsu untuk berdebat dengan Anwar. Ini ternyata pelik kerana sudah puluhan cabaran debat yang dikeluarkan oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) kepada beliau tetapi tiada satupun yang bersahut.
Harus diingat, berdasarkan beberapa prestasi beliau di dalam rancangan forum-forum sebelum ini, nyatanya beliau belum sampai ke tahap untuk berhadapan dengan tokoh seperti Anwar Ibrahim.
Surat pelawaan rasmi telah dikeluarkan kepada beliau, dan saya menyeru rakyat Malaysia mendoakan agar beliau tidak berdolak dalih untuk menyahut cabaran debat ini.
*Kenyataan media oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar kiri) selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.
No comments:
Post a Comment