Saturday, January 15, 2011

Terapcare sampaikan sumbangan kepada mangsa rumah terbakar

oleh Terapcare

Malang tak berbau, itulah yang berlaku kepada Imam Masjid Kg Bendang Raja Ust Hamid.Rumahnya hangus dijilat api pada tengahari 2hb Jan 2011 yang lalu.. Ust Hamid menceritakan bahawa beliau sedang berehat di tingkat bawah rumah selepas solat Zohor.Kemdian,beliau dikejutkan oleh seorang Anak Kariahnya yang menjerit memberitahunya rumahnya terbakar disebelah atas. Bomba menyatakan punca kebakaran disebabkan litar elektrik yang sudah berusia 25 tahun disebelah atas rumah.Sebelah atas semuanya rumah lama yang diperbuat daripada kayu. Bomba tiba selepas 20 minit kebakaran berlaku. Alhamdulillah,tiada kecederaan yang berlaku kepada keluarga Imam Ust Hamid.Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang kepadanya.Semoga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan.
Ust Hamizan bersalaman dengan Ust Haron Pegawai di Pejabat Agama Padang Terap yang melawat Rumah Imam Ust Hamid.


Ust Hamizan menyampaikan sumbangan dari Terapcare kepada ust Hamid

Rumah Imam Kg Bendang Raja yang hangus dijilat api

No comments:

Post a Comment