KENYATAAN MEDIA KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
21 Februari 2011
"Memorandum ke Kedutaan Libya"

21 Februari 2011
"Memorandum ke Kedutaan Libya"
1. Kebangkitan rakyat yang meletus di negara - negara Arab mutaakhir ini yang telah pun menumbangkan regim pemerintahan Tunisia dan Mesir, kini semarak kebangkitan itu terus menjalar deras seperti lahar yang sedang menuruni lurah dari puncak gunung berapi.
2. Suara dan himpunan kebangkitan rakyat itu telah melintasi sempadan Yemen, Bahrain dan Libya. Suatu kebangkitan yang saya sifatkan sebagai "time bomb" setelah mereka selama ini mendekam penuh sengsara dan derita berada di bawah sistem pemerintahan separa diktator.
3. Malangnya, kerajaan Bahrain dan Libya menggunakan kekerasan dalam menangani kebangkitan rakyat dengan menggunakan pihak keselamatan untuk menembak rakyat dan orang ramai yang menyertai rally kebangkitan rakyat tersebut. Sehingga kini saya difahamkan telah ratusan orang ramai yang terdiri dari masyarakat awam yang tidak bersenjata menyertai himpunan kebangkitan itu ditembak mati.
4. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengecam sekeras - kerasnya cara kerajaan Bahrain dan Libya menangani kebangkitan rakyat tanpa senjata dengan kekejaman yang menumpahkan darah dan nyawa rakyat mereka sendiri. Sebaliknya regim yang telah berkuasa dan memerintah sewajarnya mendengar suara rakyat mereka dan bertindak sewajar tanpa pertumpahan darah sekalipun mereka terpaksa berkorban meninggalkan takhta.
5. Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Lajnah Antarabangsa DPP Malaysia akan menyerahkan memorundum membantah kekejaman yang telah mengorbankan rakyat tanpa senjata ke kedutaan Libya pada hari Selasa ini [ 22 hb Feb 2011 ] jam 11 am.
Nasrudin Hj Hasan At-Tantawi
Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat

Eloklah sangat dihantar memorundum tu.Nanti kalau tak hantar,orang kata kita tak ambil tau hal dunia walaupun yang sebenarnya apa yang di buat olih KETUA DEWAN PEMUDA PAS tu aku ingat dia sendiri tak tau apa yang dia buat.
ReplyDeleteBila Hassan membuat perbandingan apa yang terjadi di Tunisia dan Mesir sebagai asas untuk menyokong tindakan demontrasi,sewajarnya Hassan juga mengambil langkah yang sama iaitu hantar bantahan pada Kedutaan Iran kerana apa yang berlaku di Libya hampir sama apa yang berlaku di Iran.
Cuma Hassan yang diangkat sebagai ketua paling lemah diantara Ketua sebelum ini perlu diberitahu bahawa Hassan perlu bedakan antara demontrasi mereka yang benar benar tertekan dengan kehidupan berbanding demontrasi mereka yang mahu lebih kebebasan hidup ala barat-kristian.Perlu bedakan demontrasi anak muda yang merasakan agamanya di permainkan dan dihina dengan demontrasi anak muda yang marah apabila kehendaknya mahu kebebasan melondeh pakaian dan berpesta sesuka hati dihadkan.
Juga jangan lupa nak bagi tau Hassan,budaya hantar memo ini dah lapuk,cuma NGO umno saja yang masih amalkan.Bila ini berlaku,makna nya taraf pemikiran Hassan(bukan Pemuda PAS)hanyalah setaraf pemikiran Ketua Putra Ibrahim saja .