Friday, February 25, 2011

Kedah, Kelantan sama handal


BADDROL (tengah) berjaya melepasi halangan dua pemain Kelantan pada aksi Liga Super
di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.

KEDAH gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan peneraju Liga Super, Kelan- tan di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.

Keputusan itu ternyata melegakan Kelantan yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah setelah mengharungi lima perlawanan.

Sebaliknya, Kedah yang terus buntu menambah koleksi keme- nangan di gelanggang keramat mereka harus mencari ramuan mujarab untuk mencari kejayaan selepas ini.

Permainan menarik ditunjukkan kedua-dua pasukan dengan Kedah mahu meraih tiga mata penuh manakala Kelantan pula ingin mengekalkan reputasi sebagai peneraju liga.

Bagaimanapun, Kedah terlebih dahulu menghasilkan gol menerusi Azlan Ismail pada minit ke-57 sebelum dibalas Kelantan menerusi Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-79.

Sebelum itu, pasukan pelawat mencemaskan penyokong tuan rumah apabila sepakan S. Chanturu dari luar kotak penalti terkena palang ketika penjaga gol Kedah, Abdul Hadi Hamid sudah tertewas.

Kelantan yang menguasai babak pertama terus memberi tekanan kepada skuad Kenari dan hampir memperoleh gol pembukaan, namun sepakan Chanturu sekadar melintasi gawang tuan rumah pada minit ke-35.

Kedah yang mahu mencari gol awal terus menggandakan usaha, namun sepakan Baddrol Bakhtiar ke sebe- lah kiri gawang pelawat pada minit ke-37 dihampakan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.

Memasuki babak kedua, Kedah hampir menceriakan kira-kira 8,000 penyokong mereka apabila Azlan berjaya meloloskan diri daripada tiga pertahanan lawan, namun sepakan lemahnya sekadar singgah ke dakapan Khairul Fahmi pada minit ke-53.

Usaha pemain tuan rumah yang terus menggandakan asakan akhirnya membuahkan hasil menerusi jaringan Azlan yang menerima hantaran dari- pada Baddrol.

Barisan benteng Kelantan terperangkap dengan kelicikan Azlan yang berjaya meloloskan diri di antara empat pertahanan lawan sebelum bola sepakannya menerjah gawang.

Keceriaan penyokong tuan rumah tidak berpanjangan apabila Norshahrul menyumbat masuk gol penyamaan pada minit ke-79.

Norshahrul selamatkan Kelantan untuk kekal terajui liga

ALOR SETAR - Jaringan penyamaan Norshahrul Idlan Talaha menyelamatkan rekod tanpa kalah Kelantan daripada dileburkan Kedah dalam persaingan bola sepak Liga Super musim ini di Stadium Darul Aman, Alor Setar, semalam.

Rembatan voli penyerang negara itu pada minit ke-79, turut mengekalkan Wira Merah sebagai peneraju liga selepas melalui lima perlawanan, sekali gus memadam gol pendahuluan menerusi tolakan jarak dekat Azlan Ismail pada minit ke-57.

Dalam perlawanan yang disaksikan kira-kira 8,000 penonton itu, Kelantan terlebih dahulu mengancam kubu Kedah apabila percubaan S. Chanturu dari luar kotak penalti pada minit ke-7 menggegarkan palang gol.

Pada separuh masa kedua, Kedah yang membariskan kesebelasan terbaiknya semakin bernafsu memburu gol termasuk menerusi sepakan kaki kiri Azlan pada minit ke-53 yang berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Azlan ternyata menjadi duri dalam daging bagi pasukan pelawat apabila cekap menyambar peluang yang terhidang di hadapan gawang lawan dengan menyumbat gol pertama tuan rumah empat minit selepas itu hasil umpanan sebelah kiri daripada Baddrol Bakhtiar.

Sang Kenari nyaris menggandakan jaringan gol pada minit ke-66, namun sepakan Azmi Muslim ditepis keluar Khairul Fahmi.


1 comment:

  1. sama hebat pasal sama Pas.. hehehe
    kalaulah Kedah dipimpin oleh umno..dah tentu teruk dikerjakan.. hehe

    ReplyDelete