Thursday, February 24, 2011

Surat Terbuka Untuk Ahli Majlis Daerah Pendang

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/50496_350012814574_4104_n.jpg

Saya rasa terpanggil utk membuat teguran yang rasanya hasil dari luahan terpendam rakyat Pendang itu sendiri. Ketika masih ramai penduduk Pendang masih dibawah tahap kemiskianan. Ketika masih ramai memerlukan bantuan kelangsungan hidup, tiba2 terdengar Ahli Majlis daerah Pendang akan berangkat ke Beijing, China dgn alasan yg tak munasabah. Tahun 2010 sudah ke Sabah.

Makan Angin katanya. Kali ini kalian sekali lagi akan membuat satu lagi program menghabiskan duit rakyat yang memberi amanah kepada kalian untuk membela nasib rakyat. Siapakah Ahli Majlis ini? Masalah parti politik akan berbangkit jika persoalan ini dibincangkan dengan lebih mendalam. Sehubungan dengan itu, 44 orang yang bakal berangkat pada 15 Mac ini dengan perbelanjaan ratusan ribu ringgit amatlah dikesali.

Bila ditanya apa alasan untuk ke sana, jawapannya amat mengguris hati, "sebelum BN ambil alih, lebih baik kita habiskan duit pejabat...". Amat memalukan bila jawapan ini keluar dari Ahli Majlis suara rakyat dari Pakatan Rakyat. Perkara2 sebegini amat mengguris hati saya rakyat yg mengharapkan kebajikan diberi kepada mereka yang memerlukan. Namun, penjelasan yang wajar adalah diperlukan bagi meyakinkan kami rakyat yang tidak pernah jemu memberi undi kepada Pas.

Rakyat Pendang hanya menantikan hasil buah nangka madu yang ditaman sepanjang jalan Tanah Merah-Tokai untuk dinikmati bersama.

Wassalam

Nukilan : TibaiXkiraSapa...

1 comment:

  1. assalam,

    satu berita yang menarik untuk diulas dan diberi pendapat:
    anggaran kos ke beijing untuk 44 orang sudah mencecah 114,000. hotel dah 6600 sehari didarab dengsn berapa hari tinggal disana, katakan seminggu dah mencecah 46200 dan makan sebanyak 3 kali sehari didarab dengan 7 hari adalah sebanyak 47000, excess luggage yang lebih tu kalau ada dah berapa dan sewa bas atau kenderaan selama 7 hari katakan 1400 x 7 hari, 10,000,

    anggaran belanja keseluruhan adalah rm 217,000. itu paling asas dan belanja runcit lagi, senang-senang trip ini habisla rm300,000.00.

    kira balik pendapatan majlis setahun iaitu cukai pintu dan sebagainya...........makanya adakah ia akan balik modai.

    1)siapa yang meluluskan lawatan ini?
    2)adakah sekembali dari lawatan mereka akan membuat perubahan kepada majlis?
    3) ambillah gambar sampai hangit kamera pun nescaya ia akan jadi kenangan yang abadi.
    4) lebih baik pi melawat bandar-bandar yang dah maju untuk dibuat contoh macam pulau pinang ka, ipoh atau kota bharu.
    5) RM300,000 anggaran saya adalah terlalu banyak jika dibandingkan dengan pendapatan orang-orang kebanyakkan didaerah pendang.

    cepat-cepat bagi tau MB suruh sekat lawatan imi atau suruh pihak immigrasen sekat passport antarabangsa atau bagi tau kedutaan china supaya jangan keluarkan visa kepada group ini jika tidak mahu PAS kecundang.

    bukan dengki atau irihati kerana tidak boleh pergi tetapi biarlah berpada-pada kerana saya percaya lawatan ini hanyalah sekadar pergi makan angin.

    Ahli majlis patut kerja keras lagi supaya tiada sebarang rungutan dari rakyat tempatan tetapi jika sekadar dengar masalah, tulis atau laporkan kepada pihak berkuasa kemudian tiada perubahan selepas itu, makanya sama seperti duduk saja dan lepas tu pi makan angin.

    Tak payahlah mensia-siakan peluang keemasa ini atau duit 300 ribu itu elok baling mai kat aku supaya boleh buat modai teruskan projek disini, lepas shipment nanti bayar balik sekali dengan keuntungan.

    MDPendang jadi macam aku punya funder gitulah.........insyaallah itu lebih berfaedah daripada pi makan angin dan membazir duit rakyat.

    ReplyDelete