Hutan simpan diwarta
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri tidak pernah mengabaikan kepentingan sistem ekologi hutan di negeri ini dan telah mengorak langkah mewartakan beberapa kawasan hutan sebagai hutan simpan kekal bagi mengelak dicerobohi pihak tertentu.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, sejak Oktober lalu, Kerajaan Kedah telah mewartakan 121,905 hektar (ha) kawasan hutan sebagai hutan simpan.
“Kita telah meluluskan kawasan seluas 76,205 ha untuk diwartakan sebagai tambahan kepada hampir 45,700 ha yang diluluskan sebelum ini. Sebahagian kawasan ada yang terletak di tanah besar dan termasuk Langkawi,” katanya.
Menurutnya, desakan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) supaya seluruh kawasan hutan di Langkawi termasuk hutan paya bakau diwartakan bagi menyelamatkan khazanah alam itu daripada pupus menunjukkan persatuan itu tidak membuat kajian sebelum mengeluarkan kenyataan.
“CAP tidak tahu kedudukan sebenar kawasan hutan di Kedah. Bukan semua hutan itu milik Kerajaan Negeri, ada yang sudah jadi hutan simpan kekal, kawasan tadahan air dan sebahagian pula boleh dibangunkan,” katanya.
Azizan berkata, pihaknya tidak pernah membenarkan mana-mana pihak menceroboh kawasan hutan yang telah diwartakan dan memandang serius kejadian yang berlaku di Langkawi, seperti yang didakwa Exco Pelancongan, S Manikumar berhubung pencerobohan hutan dan pengusahaan tanah secara berleluasa di Langkawi.
“Hutan simpan memang kita tak benarkan, tetapi jika hutan itu milik Kerajaan Negeri, kita benarkan untuk diusahakan. Namun bukan bermakna kita luluskan tanah itu dengan sewenang-wenangnya,” katanya.
Menurutnya, pada Oktober lalu juga, pihaknya telah memutuskan untuk mewartakan tiga kawasan berjumlah hampir 65,000 ha sebagai Taman Negeri bertujuan memelihara hidupan liar, flora fauna bagi tujuan ekopelancongan.
Kawasan terbabit ialah Hulu Muda merangkumi kawasan Tasik Pedu dan Empangan Ahning di Padang Terap seluas 27,196 ha; Lembah Bujang dalam daerah Merbok 11,336 ha manakala di Pulau Tuba, Langkawi seluas 26,163 ha.
Azizan berkata, setelah diwartakan, Kerajaan Negeri akan membuat tuntutan kepada kerajaan Pusat supaya menggantikan kerugian itu kerana kehilangan hasil dengan geran tahunan.
“Pewartaan menyebabkan kawasan itu tidak boleh dicerobohi atau diambil balak seterusnya Kerajaan Negeri kehilangan hasil kira-kira RM3.2 bilion,” katanya.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri menuntut Kerajaan Pusat membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta setahun sebagai ganti rugi kerana tidak menebang balak di kawasan hutan simpannya namun tuntutan itu belum dipenuhi.

No comments:
Post a Comment