Penantian lebih 10 tahun berakhir
SUNGAI BADAK - Penduduk Kampung Sungai Badak lega apabila Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan RM7,000 menggantikan paip air lama yang rosak.
Peruntukan itu menyelesaikan masalah bekalan air yang membelenggu penduduk sejak 10 tahun lalu.
Paip lama yang mempunyai masalah kebocoran membebankan penduduk kampung untuk mendapatkan bekalan air.
Peruntukan melibatkan 10 gulung paip air berkualiti tinggi itu akan menggantikan paip rosak agar penduduk di kampung ini mendapat bekalan air dengan sempurna.
Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Muzaini Azizan berkata, masalah bekalan air di kampung itu berlaku sejak sekian lama.
“Masalah ini semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Berikutan itu, MKK membuat permohonan mendapatkan paip baru.
“Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan peruntukan menyelesaikan masalah ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, pemasangan paip baru itu dilakukan secara bergotong royong.
“Bergotong-royong terbukti dapat mengurangkan kos perbelanjaan.
“Jika pemasangan paip ini diserahkan kepada kontraktor, kos pemasangan paip ini akan mencecah puluhan ribu ringgit. Alhamdulillah, penduduk di kampung ini juga memberikan komitmen yang baik dalam pemasangan paip ini,” katanya.
Muzaini berkata, sebanyak 60 buah rumah akan dapat menikmati bekalan air sempurna selepas pemasangan paip dilakukan.
“Masalah ini merupakan melibatkan masyarakat, jadi, kita tidak akan memandang kepada soal politik.
Walaupun mungkin ada beberapa penduduk mempunyai fahaman politik berbeza, itu bukan masalah bagi kami. Yang penting mereka dapat turut sama menikmati bantuan yang diberikan Kerajaan Negeri,” katanya.
Muzaini berkata, lebih dari 100 penduduk kampung berganding bahu membantu pemasangan paip ini.
“Jarak pemasangan paip ini adalah sepajang 1 kilometer dan perlu melalui jalan berbukit,” katanya
Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar turut memuji tindakan penduduk kampung yang memberikan kerjasama yang baik.
“Nak tarik paip ini bukan mudah, paip ini berat, lagipun jalan berbukit. Kalau penduduk yang tidak biasa dengan perkara sebegini, mereka pasti mengeluh. Tapi, penduduk Kampung Sungai Badak pentingkan kerjasama.
“Saya berharap agar paip ini dipantau dan dijaga agar tiada pihak yang cuba merosakkannya. Biasalah, ‘mat gian’ bukan boleh kira. Sekarang ini, kepala paip pun jadi sasaran mereka” katanya.
Firdaus berharap pemasangan paip ini akan berjalan lancar seterusnya penduduk di sini dapat menikmati bekalan air sempurna,” katanya.[Sinar Harian]

No comments:
Post a Comment