ALOR SETAR - PKR Kedah membuat rombakan besar-besaran untuk memantapkan jentera sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Ia menyaksikan hampir semua kerusi jawatankuasa majlis pimpinan negeri (MPN) diisi muka baru termasuk jawatan naib pengerusi.
Pengerusinya, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, ia melibatkan 15 muka baru yang terdiri dari kalangan pimpinan cabang dilantik sebagai naib pengerusi, setiausaha, bendahari, ketua penerangan, setiausaha kerja, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), ketua wanita, pengarah jentera pilihan raya negeri dan wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) angkat.
Menurutnya, jawatan timbalan pengerusi yang dipegangnya sebelum ini, kini diserahkan kepada bekas pengerusi pertama, Senator Ir Zamri Yusuf manakala jawatan naib pengerusi diisi ketua dan Timbalan Ketua Cabang Merbok, Saiful Izham Ramli dan S Manikumar serta ADUN Sidam, Tan Chow Kang.
“Jawatan naib pengerusi di negeri sebenarnya baru diwujudkan pada tahun ini setelah PKR Pusat meluluskan pindaan perlembagaan parti yang mewajibkan pelantikan satu pengerusi, satu timbalan pengerusi dan tiga naib pengerusi berbanding pelantikan tiga timbalan pengerusi sebelum ini.
“Ketua Cabang Kubang Pasu, Ahmad Fadzli Mohamad Yeob pula dilantik sebagai setiausaha baru manakala Ketua Wanita Cabang Pedu, Jaliza Desa dilantik sebagai bendahari dan ketua wanita negeri yang baru menggantikan Teh Kok Soo dan Rohani Bakar,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian, semalam.
Wan Salleh berkata, jawatan ketua AMK negeri kini disandang Azman Nasrudin, Khairul Nizam Ghazali dilantik timbalan manakala Suraya Hashim dilantik sebagai timbalan ketua wanita.
Menurutnya, Haris Dali dilantik sebagai setiausaha kerja manakala setiausaha pengelola diserahkan kepada Nasarudin Munir.
“Jawatan Penyelaras Ahli Parlimen dan ADUN PKR diserahkan kepada pengerusi terdahulu (kedua), Ahmad Kassim sambil dibantu Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din sebagai timbalan.
“Ahmad turut dilantik sebagai penasihat MPP negeri bersama-sama Ketua Cabang Sungai Petani, Datuk Johari Abdul kerana pengalaman luas mereka yang pernah mengetuai PKR negeri sebelum ini,” katanya.
Penerangan PKR negeri kini diserahkan kepada Ketua Cabang Baling, Rozaini Ahmad sambil dibantu tiga timbalan iaitu Ketua Cabang Derga, Chong Khai Yan, Cha Run (Jerlun) dan Dr Krishnan Moorthy (Gurun).
Menurutnya, MPP memutuskan untuk melantik lapan wakil ADUN angkat di setiap DUN ditadbir Barisan Nasional (BN) iaitu Mohamed Mohsin Taib (Kuah), Ahmad Fadzly Mohamad Yeob (Bukit Kayu Hitam), Hashim Idris (Pedu), Che Mat Zahar Ahmad (Bakar Bata), V Arumugam (Gurun), Ishak Man (Bakar Arang), Johari Ismail (Lunas) dan Chong Khai Yan (Derga).
“Arumugam turut ditugaskan sebagai pengerusi hal ehwal masyarakat India dan akan bekerjasama dengan Manikumar untuk meningkatkan bilangan daftar pemilih masyarakat India.
“Kesemua Ketua Cabang di negeri ini secara automatik dilantik sebagai ahli jawatankuasa MPP dan pelantikannya diluluskan oleh PKR Pusat pada 20 Februari lalu,” katanya.
Ditanya mengenai sebab pengguguran Ketua Cabang Alor Setar, Kok Soo sebagai bendahari, Wan Salleh berkata ia dibuat atas permintaannya sendiri yang mahu menumpukan kerja sebagai Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, bukan atas sebab lain.
“Barisan kepimpinan MPP yang baru pada kali ini adalah berlandaskan kepada perjuangan untuk membantu Pakatan Rakyat (PR) memenangi PRU akan datang.
“Semua individu yang dilantik merupakan mereka yang mendahulukan kepentingan parti melebihi kepentingan diri, begitu juga ahli PKR lain.
“Pada masa sama, barisan kepimpinan MPP negeri yang baru akan menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan ahli kerana ia adalah asas utama kemenangan parti,” katanya.

No comments:
Post a Comment