Pusat pilih kasih bantuan banjir
KOTA SARANG SEMUT - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mendakwa Kerajaan Pusat mengamalkan diskriminasi sewaktu menyalurkan peruntukan bantuan mangsa banjir apabila tiada sebarang peruntukan diberikan kepada Kerajaan Negeri Kedah sewaktu kejadian banjir terbesar berlaku pada bulan November tahun lalu.
Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, sikap pilih kasih yang ditunjukkan Kerajaan Pusat dalam menyalurkan bantuan terserlah apabila peruntukan sebanyak RM6.8 juta disalurkan kepada Kerajaan Negeri Johor untuk membantu mangsa banjir dan membaiki infrastruktur bangunan yang musnah akibat kejadian banjir bulan lalu.
Menurutnya, layanan tidak adil daripada Kerajaan Pusat ini tidak seharusnya berlaku walaupun Kerajaan Negeri Kedah dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) kerana rakyat Kedah juga merupakan sebahagian daripada rakyat Malaysia.
“Di Kedah, Kerajaan Negeri menghabiskan sejumlah RM2 juta yang digunakan untuk membantu mangsa banjir dan membaiki infrastruktur bangunan yang rosak akibat kejadian banjir tempoh hari dan wang itu diambil daripada Jabatan Kemasyarakatan Negeri.
“Sepatutnya Kerajaan Pusat kena tanya dengan Kerajaan Negeri berapa banyak bantuan yang diperlukan untuk membolehkan kedua-duanya bersama-sama membantu rakyat. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, malah menteri-menteri Kerajaan Pusat menuduh Kerajaan Negeri abai kebajikan rakyat,” katanya sewaktu menyampaikan ceramah perdana sempena Himpunan Pemuda Pas 30K di sini malam kelmarin.
Di sebalik kekecewaan dengan sikap Kerajaan Pusat, Azizan bersyukur kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) turut membantu rakyat Kedah, walaupun mempunyai agenda politik yang jelas.
“Secara tidak langsung, Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan menerusi UMNO dan BN untuk membantu rakyat Kedah. Bagaimanapun, Tuhan Maha Besar, ada dalam kalangan pemimpin mereka yang bergaduh sesama mereka semata-mata untuk menegaskan kepada rakyat bahawa bantuan yang disalurkan adalah daripada mereka.
“Saya yakin rakyat Kedah sedar siapa yang benar-benar ikhlas membantu mereka dan berharap Pas dengan bantuan Pakatan Rakyat (PR) akan terus menerajui negeri Kedah demi kesejahteraan rakyat,” katanya.
Sementara itu, Azizan menegaskan fakulti perubatan akan ditubuhkan di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dan pengambilan pertama pelajar perubatan akan dibuat pada Julai tahun ini.
“Dalam usaha mengembangkan Kuin menjadi pusat pengajian ilmu bertaraf dunia, Kerajaan Negeri berusaha meningkatkan sistem pengajian institusi itu daripada pengajian bercorak tradisional kepada pengajian berteraskan subjek moden seperti fakulti kejuruteraan dan perubatan.
“Beberapa pensyarah telah direkrut Kuin untuk menjadi tenaga pengajar dan saya yakin program perubatan di institusi itu akan mendapat sambutan menggalakkan,” katanya.
Berkenaan pinjaman daripada Bank Islam berjumlah RM330 juta yang bakal digunakan untuk membina kampus terbaru Kuin seluas 344 hektar di Kuala Ketil, Baling, Azizan membidas kenyataan beberapa pemimpin BN Kedah yang meragui keupayaan Kerajaan Negeri membayar balik pinjaman sebanyak RM42 juta setahun.
“Ramai pemimpin BN Kedah yang mendakwa saya gila kerana meluluskan projek itu dan mempersoalkan kredibiliti Kerajaan Negeri untuk membayar semula hutang pinjaman.
“Kerajaan Negeri sudah mempunyai ikhtiar untuk menyelesaikan hutang itu dan saya minta pemimpin BN jangan cepat melenting sebelum melihat hasilnya dahulu,” katanya.

No comments:
Post a Comment