Monday, February 21, 2011

STPM: 22 sekolah lulus 100 peratus di Kedah

http://www.smkelopura.my/wp-content/uploads/2010/03/stpm09-10-03-03.jpg

GAMBAR HIASAN

ALOR SETAR 21 Feb. - Sebanyak 22 buah sekolah di negeri ini hari ini diumumkan berjaya mencapai kelulusan penuh 100 peratus dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010.

Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Abdullah Saad berkata, antara sekolah yang mencapai kelulusan 100 peratus itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kedah, SMK Jitra, SMK Kulim, SMK Yan dan lain-lain lagi.

"Sebanyak sembilan buah sekolah telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) 2.67 dan ke atas serta pencapaian minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (PGNK) bagi negeri Kedah ialah 2.31 daripada 3,316 bilangan calon yang hadir.

"Sekolah tersebut ialah SMK Sultanah Bahiyah, SMJK Sin Min, SMJK Keat Hwa, SMK Yan, SMK Agama Kedah, SMK Labu Besar, SMK Ibrahim, SMK Tun Sharifah Rodziah dan SMK Padang Serai," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, pada 2010 seramai 3,830 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM dan jumlah calon yang hadir untuk mengambil peperiksaan ialah 3,609 orang.

"Seramai 3,410 ialah calon sekolah kerajaan, 76 orang calon sekolah swasta dan 344 orang ialah calon persendirian.

"Pada 2010 juga peratus calon yang mendapat lulus penuh ialah 95.3 peratus berbanding 94.87 peratus pada 2009," katanya.

Tambah Abdullah, seramai 27 calon yang menduduki STPM berjaya memperoleh PNGK 4.00 dan tujuh mata pelajaran iaitu Pengajian Am, Matematik, Bahasa Tamil, Pengajian Perniagaan, Perakaunan, Kimia dan Sains Sukan telah mencatatkan peningkatan.

1 comment:

  1. Assalam,

    Turut tersenarai dalam sekolah yang lulus dengan 100% pada keputusan STPM yang lalu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun dimana tahun ini sekolah telah mengambil tindakan dengan menutup aliran tingkatan 6 disekolah tersebut.

    Pihak pentadbir sekolah memberi alasan kerana tidak cukup pelajar dan kekurangan kakitangan yang akan mengajar dialiran tersebut.

    Dengan penutupan itu, makanya pelajar tempatan disekitar kawasan tersebut seperti Batu 3,4,5,6,Padang Lembu, Paya Mengkuang, Penempatan Estet bersedekatan dan persekitaran 10 kilometer persegi terpaksa ke Jeniang, Guar Chempedak, Pendang atau Syed Ibrahim untuk menyambung pelajaran di peringkat tertinggi.

    Diharapkan dengan keputusan cemerlang kerana sebelum ini sekolah tersebut belum pernah mencapai keputusan segemilang itu yakni kelulusan 100% dalam peperiksaan peringkat kebangsaan haruslah diberi perhatian.

    Penduduk taman sekitar juga mengalukan pihak pentadbiran PPD dan sekolah membuka kembali aliran tingkatan 6 disekolah tersebut.

    Para guru disekolah tersebut juga berpeluang untuk mendapat kenaikan pangkat jika dibuka serta meninggikan tahap akademik di kawasan tersebut.

    Kebanggaan penduduk tempatan tetap tinggi jika aliran tersebut diteruskan disekolah tersebut kerana itulah satu-satu cara anak-anak tempatan berpeluang meningkatkan tahap pendidikan tanpa meninggalkan kampung. Tingkatan 6 merupakan salah satu jambatan kepada kejayaan seseorang insan selain pusat pengajian lain seperti universiti dan seangkatannya.

    Dan, pengetua sekolah tersebut sekarang adalah bekas pelajar dari salah sebuah sekolah primier di Kedah dan juga bekas penghuni ASMI.

    Jadi ASMI dimana-mana pun tetap gemilang dan cemerlang serta berbilang-bilang sebelum kita menghilang.

    ReplyDelete