Sebahagian daripada nelayan berbaris untuk mendapatkan elaun sara nelayan Parlimen Jerai di Guar Cempedak, kelmarin. |
JERAI 17 Feb. – Kerajaan disaran mewartakan empat buah pulau di sekitar kawasan ini sebagai taman marin bagi melindungi hidupan laut daripada diancam kepupusan.
Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Jerai, Datuk Suhaimi Abdullah (gambar) berkata, pulau-pulau berkenaan adalah Pulau Sonsong, Pulau Telur, Pulau Bunting dan Pulau Bidan.
Beliau berkata, pewartaan kawasan tersebut sebagai taman marin penting kerana hidupan laut di situ kini berdepan ancaman kepupusan ekoran kesan aktiviti yang tidak terkawal.
“Keadaan ini turut mendatangkan masalah kepada nelayan di situ yang kian sukar mendapat hasil laut.
“Jika diwartakan, ia akan menjadi pusat pembiakan hasil laut terutama ikan dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, sekali gus bakal memberi limpahan rezeki kepada nelayan.
“Pada masa sama, kawasan berkenaan juga berpotensi dibangunkan sebagai produk pelancongan terbaru sekiranya ekologi lautnya dipulihara,” katanya selepas majlis bayaran elaun sara hidup bagi nelayan daerah Yan di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, di sini hari ini.
Suhaimi berkata, beliau telah mengemukakan kertas cadangan mengenai perkara berkenaan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kira-kira enam bulan lalu untuk dipertimbangkan.
Dalam pada itu, beliau meminta supaya agensi penguat kuasa memperketatkan lagi pemantauan bagi mengelakkan pencerobohan bot-bot besar sehingga menjejaskan nelayan pantai di sekitar perairan daerah itu.
Menurut beliau, pihaknya mendapati bot-bot besar berkenaan menjalankan kegiatan penangkapan ikan secara berleluasa khususnya pada sebelah malam di kawasan yang mereka tidak dibenarkan masuk.
“Selain menjejaskan pendapatan nelayan-nelayan pantai, kerugian juga berlaku akibat kerosakan pukat apabila ia dilanggar dan dimusnahkan oleh bot-bot lesen C terbabit,” katanya

No comments:
Post a Comment