Ketawa panjang adalah reaksi awal saya apabila timbul isu video seks yang kononnya melibatkan batang tubuh Anwar Ibrahim. Soalan pertama ialah kenapa perlu diwar-warkan video lagak seks seorang pemimpin kanan pembangkang sedangkan sepatutnya ia berbunyi ‘aksi ranjang lelaki Melayu/Siam mirip seorang politikus’. Apabila tajuk media terlalu menyorot suluhan lampunya kepada Anwar Ibrahim tatkala Pilihanraya Sarawak semakin hampir, maka naluri rakyat terus mengatakan ianya satu lagi konspirasi peringkat tertinggi terhadap kemaraan Anwar ke Putrajaya.
Dalam apa-apa jua isu politik tidak lari dari dua pendekatan, 1) Sorokkan bukti serta bikin cerita palsu dan yang keduanya ialah sebarkan semaunya sambil menaburkan isu. Saya ingin membawa tiga kes yang masih segar untuk perbandingan yakni tragedi AlMaunah di Sauk, video seks pemimpin MIC Vijandran serta aksi seks seorang politikus tua MCA Dato Seri Chua Soi Lek. Huraian ini mungkin mengambil masa sedikit tetapi ia wajar supaya kita memahami betul-betul kaedah dan tata cara yang digunapakai dalam menggembala minda rakyat dan pembaca.
Kaedah pertama biasanya digunakan untuk menyebar kisah palsu dan menyorokkan kisah sebenar. Manakala kaedah kedua ialah cara terus untuk menjatuhkan seseorang apabila bahan buktinya tulin lagi genuin.
Jika kita masih ingat, rakyat dikejutkan dengan tragedi rampasan senjata di kem Wataniah Gerik dan kemudiannya berkubu di Bukit Jenalik Sauk usai Pilihanraya 1999 ketika parti PAS memenangi sejumlah kerusi yang besar sedangkan parti PKR belum menampakkan taringnya. Rejim di bawah Mahathir ketika itu telah merancang tragedi ini dengan tuduhan ‘menderhaka kepada YDP Agong’ bermatlamat utama mengharamkan parti PAS. Bersyukur kita kerana pendedahan awal internet telah akhirnya mendatangkan masalah dan kelam kabut kepada pemerintah sehinggakan terpaksa melatih sekumpulan komando dan sniper selama dua minggu di Mindef untuk dipertontonkan kepada wartawan betapa rompakan senjata itu boleh dilakukan dalam tempoh pendek. Soalan dari ahli politik tidak dibenarkan pula. Yang anihnya, kejadian rompakan senjata itu berlaku di malam hari sedangkan lakonan itu dibuat di siang hari pula. Jelas yang ianya kantoi!
Elok kita perhatikan apa yang sebenarnya berlaku sekitar Bukit Jenalik di sebalik kisah tembakan rambang serta pembunuhan dua orang anggota keselamatan bagi mengukuhkan lagi sandiwara arahan Tun Mahathir! Lebih empat ribu anggota keselamatan terdiri dari ATM dan PDRM telah dikerahkan mengepung kawasan itu. Perlu saya ingatkan ianya bukanlah sebuah bukit yang berimba seperti digambarkan melainkan sebuah dusun durian tanah tinggi separas 3 tingkat sebuah sekolah berhampiran. Jaraknya hanyalah sepelaung atau sekitar 100 meter sahaja. Tidak ada pun apa yang dikata kubu dalam tanah atau tempat latihan menggunakan senjata. Ianya hanyalah sebuah dusun durian milik penduduk di situ!! Yang ada hanyalah beberapa lubang sedalam buku lali kaki anda!
Apa yang saya nak kaitkan ialah, kehadiran 4000 anggota keselamatan di situ BUKANNYA bertujuan menghalang ‘penjenayah’ keluar dan membikin kacau TETAPI untuk MENGHALANG 23 juta orang awam dari masuk dan meninjau apa yang berlaku di sebalik kepungan itu! Mereka menyembunyikan bahan bukti. Perhatikan, jika sekumpulan lelaki itu bersenjata dan ganas sudah tentu mereka ditumpaskan dan dibunuh kesemuanya! Ironisnya, hanya lagu rakaman Allahyarham TS P Ramlee dan kehadiran sanak saudara saja digunakan untuk menumpaskan mereka!!Ya..........lagu P Ramlee!!!!
Hahaha.... ketika itu juga saya ketawa besar kerana jalan ceritanya yang kantol setaraf sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Politik negara kita menjadi caca merba sepanjang tempoh Umno memerintah terutamanya era Tun Dr Mahathir berkuasa.pembohongan, fitnah,rasuah dan pembunuhan politik dan karekter berlaku di zaman ini dengan berleluasa. Seluruh jentera kerajaan dari peringkat tertinggi menjadi anjing suruhan dan balaci pehak penguasa! Para tali barut dan tukang karut akan dianugerahkan pelbagai keuntungan dunia dengan kenaikan pangkat dan wang ringgit.
Budaya kotor ini kemudiannya berjangkit kepada parti rakan lain dalam Barisan Nasional. Kaedah fitnah dan ‘mengenakan ‘ rakan sesama sendiri menular.
Dua kes berikutnya juga membabitkan politikus yang merupakan sahabat dalam Barisan Nasional. Akan tetapi disebabkan pergolakan dalaman parti mereka sendiri, maka isu dibuat supaya mereka terkemut keluar. Akan tetapi kali ini, bahan bukti (lantaran ianya genuin) telah disebarkan semaunya melalui rakaman media di seluruh pelusuk negara samada secara percuma atau diniagakan. Mana mungkin Chua dan Vijandran menafikan bukan batang tubuh mereka dalam video itu kerana SEMEMANGNYA mereka terlibat. Apa yang membezakan antara kedua-dua rakaman itu ialah Vijandran membuat sendiri rakaman itu untuk koleksi peribadi manakala Chua Soi Lek pula dirakam curi aksi ranjangnya.
Perhatikan betul-betul bagaimana pendekatan sebaran kepada awam digunakan sepenuhnya sehingga ke dalam telefon bimbit! Setelah penyebaran dibuat, barulah isu dimainkan dalam media dan seterusnya dicanangkan oleh pehak tertentu demi keuntungan peribadi.
Berbalik kita kepada isu fitnah terbaru dalam kes yang menimpa DS Anwar Ibrahim. Cuba bayangkan, jika video itu tulin bahawa Anwar adalah pelakunya, tentu sahaja ia akan disebarkan dengan berleluasa menggunakan seluruh jentera kerajaan seperti PDRM, Jabatan Penerangan, Risda, Felda dan helikopter tentera. Kerana inilah kaedah ampuh menjadikan PKR dan Pakatan Rakyat lumpuh! Jika sahabat dalam parti pun mereka jatuhkan dengan bersungguh-sungguh demi kepentingan peribadi, inikan pula Anwar Ibrahim musuh nombor SATU mereka! Tentu sahaja video itu akan bertaburan di jalan raya, lebuh raya mahupun pasar raya. Bukan setakat menimbulkan spekulasi dengan mengheret beberapa susuk yang sememangnya dibenci rakyat ramai.
Jangan lah beri alasan betapa mereka mahu menjaga maruah dan air muka Anwar dan keluarga pula. Kerana dari pengalaman lalu, tidak pernah mereka memikirkan hal menjaga maruah dan air muka Anwar. Mereka menganggap Anwar itu Goyem sebagaimana Yahudi memandang hina keatas bangsa lain.
Nampak dak!???
Nampak tak????
Perancangan jahat mereka ini jelas didalangi kepimpinan Umno walaupun dinafikan oleh Najib, namun kesemua tiga badut itu adalah ‘hardcore’ Umno!! Lantaran tayangan ‘matinee show’ atau tayangan perdana nya kantol dan ianya sudah terbongkar, makanya video itu terpaksa disembunyikan dari umum dengan cara menyerahkan kepada pehak polis. Dalam masa yang sama mereka menampilkan beberapa susuk tubuh berkepentingan dan bermotif memberi komen, ulasan dan pendapat. Maka keluarlah Yusri KRU, YB Zulkifli Nordin, Zaid Ibrahim selain dari sidang media oleh Rahim Thamby Chik dan Dato Ezryl. Kenapa Yusri KRU? Apakah kita sudah lupa tentang edaran gambar porno abangnya Edry dan penyanyi Linda Rafar. KRU Production sendiri merembat begitu banyak peluang perniagaan. Ingat, pendekatan ‘carrot n stick’ sentiasa digunakan dalam melibatkan seseorang dalam sebarang konspirasi! Begitulah adatnya jika ada perjanjian dengan Setan!
Lebih lucu apabila kepimpinan Umno (Hishamuddin) galak untuk bercakap tentang Suruhanjaya Di Raja. Soalan pertama beranikah mereka? Kenapa ianya bersungguh-sungguh diusahakan sedangkan kisah pembunuhan Teoh Beng Hock di pejabat MACC mengambil masa setahun lebih untuk ditubuhkan serta skopnya dihadkan pula dengan bukan bertujuan mencari siapa pembunuh Teoh?! Siapa mahu menjawab soalan cepu emas ini? Apakah video seks itu lebih penting dari masalah penyelewengan kewangan serta sejumlah hampir RM1 Trillion yang dilarikan keluar negara dalam tempoh sembilan tahun lalu? Kenapa pula dalam kisah Altantuya dahulu pelbagai helah digunakan untuk menyelamatkan Najib dan sekutunya? Kenapa para NGO(k) Melayu tidak bangun mempersoalkan kredibliti dan moral Najib ketika itu sedangkan ia seorang Perdana Menteri? Inilah dia perangai buruk Melayu Umno!
Saya kesiankan sungguh terhadap susuk tubuh Anwar Ibrahim yang tidak putus-putus dianiaya dan difitnah. Beliau sendiri tahu bagaimana beliau sentiasa dipantau pergerakannya oleh sekumpulan SB. Kalau lah itu faktanya, buat apa lah dia nak lampiaskan nafsunya di sebuah hotel/apartment di Malaysia? Dah la tu, amoi pun tak cun jenis murahan punya. Datok Ezkyl atau Rahim Thamby Chik mungkin bernafsu sebab mereka B list porn star.
Sekarang mari pula kita lihat siapakah yang mengaut untung dari tuduhan keji ini? Pertamanya ialah kepimpinan Umno dan rejim pemerintah. Keduanya ialah 3 ekor binatang berupa manusia baghal itu sendiri! Kalau pun nak naik dalam hiraki Umno, tak payah lah guna jalan fitnah. Bakal muflis lah kamu akhirat kelak!
Keuntungan jangka pendek yang cuba diraih Umno ialah demi memesongkan tumpuan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihanraya Sarawak. Yang keduanya ialah menyekat rempuhan pakatan parti harapan baru rakyat memegang teraju Putrajaya. Kerana jelas di mata rakyat, UmnoBn telah sampai tarikh luputnya, manakala Pakatan Rakyat menjanjikan harapan Malaysia yang lebih gemilang.
Pssstt Umnoist.......hangpa dah kantoi!!
Mi Itik @ kedahlanie.info
[ADS] Ingin memasuki tajuk muka depan akhbar? Inilah peluang anda!
satu lagi tentang kisah di Sauk.. peluru utk M60 machine gun tu diaorang tak ambik rantai dia... jadi kalau nak guna M60, kena isi, lock and load dan tembak satu satu peluru... ini maklumat dari askar sendiri....
ReplyDelete