Tidak wajar ungkit: MB
ALOR SETAR - Kerajaan Pusat tidak sewajarnya mengungkit bantuan yang disalurkan pada Kedah, bawah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) kerana sudah menjadi tanggungjawab Pusat, berdasarkan sistem persekutuan sedia ada.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, memandangkan Kedah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia, ia menjadi tanggungjawab Pusat dalam mengagihkan bantuan kepada semua negeri.
“Tak perlu ungkit perkara ini, sebab itu tanggungjawab Pusat sebagai negara persekutuan. Jika mereka enggan salurkan bantuan, dan mahu negeri bawah PR cari dana sendiri, bermakna kita boleh isytihar Kedah keluar daripada Malaysia, tubuh pasukan keselamatan sendiri dan tadbir sebagai sebuah negara,” katanya.
Azizan mengulas kenyataan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin baru-baru ini, yang dilaporkan berkata, orang Kedah dalam kerugian kerana Pas gagal membawa perubahan di Kedah sejak memerintah negeri tiga tahun lalu.
Daim juga mendakwa Kedah sebuah negeri miskin dan memerlukan pertolongan daripada Kerajaan Pusat, termasuk membangunkan Langkawi yang selama ini dibangunkan oleh Pusat menerusi Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada).
Azizan berkata, Lada adalah milik bersama Kerajaan Pusat dan Negeri memandangkan beliau sendiri bersama Menteri Kewangan adalah pengerusi bersama.
“Langkawi adalah milik Kedah, manakala Lada berperanan membangunkan pulau itu. Pusat juga harus dapatkan persetujuan Kerajaan Negeri jika mahu buat pembangunan di Langkawi. Jika Kedah tidak benarkan, Lada perlu akur,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan kerjasama baik sebelum ini, Kerajaan Negeri telah pun menyambung semula kontrak Lada selama 10 tahun, sehingga 2020.
“Kontrak yang berakhir 2010 lalu disambung 10 tahun lagi. Kalau kita tak benar sambung kontrak Lada, Pusat tidak boleh sambung. Tapi kita beri kerjasama dalam hal ini,” katanya.
Mengulas mengenai dakwaan Pas gagal membawa perubahan di Kedah sejak mentadbir tiga tahun lalu, Azizan sebaliknya membidas Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini memperkenalkan slogan Kedah Maju 2010, namun dilihat gagal mencapai sasaran itu.
“Jika mereka perlekeh slogan Kedah Sejahtera, apa pula pencapaian yang dilaungkan slogan Kedah Maju 2010? Kerajaan BN juga tidak capai sasaran itu, beritahu saya apa pembangunan yang mereka buat sejak 50 tahun lalu di Kedah?” katanya.
Menurutnya, apa yang ditinggalkan oleh Kerajaan BN terdahulu adalah bebanan hutang yang banyak, selain tiada projek yang boleh dibanggakan.
“Jika penilaian pembangunan dibuat hanya berdasarkan pada fizikal atau bangunan, mereka silap! Ketelusan dan pentadbiran yang bersih dan amanah juga pembangunan. Hasil balak yang meningkat juga pembaharuan, termasuk pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah yang dibuat penambahbaikan oleh PR,” kata Azizan.

No comments:
Post a Comment