KUALA LUMPUR, 28 Mac: Video klip berkait dengan pendidikan pengundi kini menjadi salah satu video yang hangat dalam laman Youtube sekarang walaupun tanpa melibatkan adegan-adegan panas yang menyelubungi scenario politik Malaysia hari ini.
Untuk menontonnya juga, sesaorang itu tidak memerlukan sebarang ‘jemputan’ ke hotel terkemuka.
Video klip yang panjangnya tujuh minit yang dipaparkan di YouTube hasil kreativiti beberapa orang aktivis negara untuk mendidik para pengundi negara bagaimana caranya untuk merahsiakan undi mereka.
Video yang mudah difahami itu bermula dengan memaparkan bagaimana pegawai pilihanraya membuat catatan tidak sah terhadap senarai pengundi, kertas undi dan kertas counter undi untuk mengesan para pengundi.
Pengundi kemudiannya diberitahu bahawa perkara tersebut adalah salah di sisi undang-undang dan ianya mesti dilaporkan kepada pemerhati pilihanraya yang dilantik para calon dan juga wakil daripada Suruhanjaya Pilihanraya di tempat membuang undi.
Klip video tersebut turut memaparkan cara mengatasi masalah sekiranya ada orang lain yang telah mengundi bagi pihak mereka terlebih dahulu.
Turut dinyatakan dengan jelas bahawa semua kertas undi hanya akan disimpan selama 6 bulan untuk semakan para calon yang bertanding, di mana semuanya akan dihapuskan selepas itu.
Video tersebut diterbitkan untuk mengatasi ketakutan sebilangan rakyat Malaysia bahawa undi mereka tidak rahsia sebagaimana didakwa, menyebabkan banyak dari mereka memilih calon Barisan Nasional kerana takut dikesan.
Klik gambar di bawah untuk menonton video itu.
No comments:
Post a Comment