ALOR SETAR - Tiada larangan untuk mengadakan akad nikah di masjid di negeri ini walaupun Rasulullah SAW tidak mengamalkannya.
Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderuddin Ahmad berkata, mana-mana pasangan yang ingin bernikah di masjid boleh berbuat demikian kerana masjid merupakan rumah Allah dan tempat yang suci.
“Pandangan saya, tiada masalah malah kita kalau nak berumah tangga mesti mahu keadilan di samping permuafakatan (antara pasangan) kalau dibuat di masjid lebih baik.
“Islam menggalakkan kita mencari keberkatan dalam setiap perkara yang dilakukan,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian.
Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh Sabtu lalu yang mendakwa, menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang amalan Rasulullah dan mencadangkan majlis itu dilakukan di rumah pengantin.
Sheikh Muhamad Baderuddin berkata, umat Islam yang bernikah di masjid sudah pasti lebih berkat berbanding di tempat lain kerana ia adalah tempat yang suci.
Menurutnya, dalam hadis Nabi memang tidak dinyatakan Islam melarang umatnya melakukan upacara akad nikah di masjid.
“Di sini (Kedah) kita tidak ada larangan dan halangan untuk sesiapa bernikah di masjid sebaliknya kita galakkan mereka bernikah di masjid.
“Kalau nak samakan dengan agama lain, itu tidak wajar. Lagi pun tiada hadis yang larang," katanya.

No comments:
Post a Comment