Cukup seminggu isu video seks dikaitkan dengan dirinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin malam didendang bagai wira dalam ceramah dan solat hajat Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan penyokong dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.
Malah, dalam majlis di Stadium Melawati, Shah Alam itu, pihak di belakang penyiaran video kontroversi itu, terutama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik pula menjadi sasaran serangan balas Pakatan.
Dalam masa yang sama, anggota parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul pula diangkat sebagai "hero" kerana versinya yang mempertahankan bahawa Anwar bukan "pelakon" dalam video 22 minit yang ditayangkan di sebuah hotel mewah di ibu negara minggu lalu.
Selain Anwar sendiri, hampir semua pemimpin kanan Pakatan hadir, termasuklah Murysidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan exconya.
Bagi Anwar sendiri, beliau menyifatkan dakwaan terhadapnya itu sebagai langkah terakhir parti lawan bagi menghalang kemaraan Pakatan bagi menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.
Bagaimanapun, ketua pembangkang meminta penyokongnya tidak mempedulikan isu itu sebaliknya memfokuskan kepada perjuangan mereka melalui 'Buku Jingga' dengan mengutamakan isu tata kelola pentadbiran negara supaya berjalan betul....
“Wamakaru wamakarallah… …Wallahu khairul makirin”
Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perancang.....
UMNO IS DEAD...PAS GANTI UMNO...PAKATAN RAKYAT GANTI BARISAN NASIONAL..UBAH SEKARANG.. SELAMATKAN MALAYSIA....INGAT UMNO INGAT FITNAH... INGAT UMNO INGAT VIDEO LUCAH... INGAT UMNO INGAT HIDUP RAKYAT SEMAKIN SUSAH...UMNO IS DEAD...UMNO PARTI FITNAH.. PARTI JAHILLIYAH.. PARTI CEKIK DARAH.. PARTI TAK DE MARUAH...UMNO IS DEAD!!!..
No comments:
Post a Comment