Wednesday, March 30, 2011

Jangan jadi ‘syaitan bisu’

SHAH ALAM – Pemimpin-pemimpin agama yang terus berdiam diri berhubung isu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) boleh dianggap ‘syaitan bisu’.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, golongan ini sepatutnya memberi respons kerana ia melibatkan serangan moral serta melibatkan penayangan video lucah yang seharusnya ditentang bersama.

Menurutnya, ada sesetengah pemimpin agama ini hanya berani bersuara apabila isu tersebut menyentuh Pas, tetapi seolah-olah tidak berani apabila melibatkan pemimpin UMNO.

“Di mana mereka (pemimpin agama) yang sering bercakap sebelum ini? Mereka ini diarahkan bercakap benar tetapi mereka boleh disifatkan sebagai syaitan bisu jika mereka tidak lakukannya,” katanya ketika berucap di Program Solat Hajat dan Ceramah Perdana Melawan Fitnah di sini semalam.

No comments:

Post a Comment