Bil elektrik UNITEN bebankan pelajar
SAYA ingin menyangkal jawapan Datin Noor Zarina Musa dari Jabatan Hal Ehwal Awam Universiti Tenaga Nasional (Uniten) mengenai pelaksanaan prabayar elektrik di universiti berkenaan pada 24 Mac lalu.
Saya adalah salah seorang bapa pelajar yang tertekan dengan perlaksanaan sistem elektrik prabayar ini. Untuk mengekang pembaziran, banyak lagi kaedah lain yang boleh dikenakan terhadap pelajar.
Apa yang menyedihkan, selain daripada melaksanakan elektrik prabayar, Uniten juga turut menaikkan kadar sewaan apartmen pelajarnya daripada kadar biasa. Kos pengajian tahunan juga dinaikkan lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.
BAPA TERTEKAN
Subang Jaya, Selangor
No comments:
Post a Comment