Warga asing sekat punca rezeki
PADANG LEMBU – Kebanjiran warga asing di sekitar kawasan Padang Lembu membimbangkan penduduk setempat terutamanya di Pasar Malam pada setiap minggu.
Penduduk tempatan, Hamzah Hussain, 54, berkata, jumlah warga asing yang berada di sekitar kawasan ini bukan sahaja terlalu ramai malah dengan kehadiran mereka juga menyekat peluang pekerjaan penduduk setempat.
“Jumlah mereka yang tinggal di sini terlalu ramai, jumlah ini kita dapat lihat apabila adanya pasar malam di sini. Seolah-olah tempat ini adalah negara mereka.
“Kalau kita biarkan keadaan ini terus berlaku, apa akan jadi kepada generasi akan datang kerana sekarang kebanyakan peluang pekerjaan dimonopoli sepenuhnya oleh golongan warga asing,” katanya.
Menurutnya, kebanyakan warga asing ini bekerja di kawasan estet dan kilang plastik yang berhampiran dan mereka juga turut menetap di sekitar tempat kerja.
“Selain itu, kebanyakan majikan mengambil pekerja asing kerana upah bekerja adalah lebih rendah berbanding warga tempatan.
“Kesemua penduduk setempat kehilangan punca pendapatan dengan kehadiran mereka. Dulu ramai penduduk di sini bekerja di estet , tetapi sekarang semuanya sudah digantikan dengan mereka,” katanya.
Dalam perkembangan sama, seorang pekerja asing, Misan, 24 berkata, dia menetap di negara ini selama lima tahun dan bekerja di kilang berdekatan.
“Saya tinggal di sini sudah lima tahun sebagai pekerja kilang, bekerja di sini biasa sahaja dan dibayar gaji sebanyak RM1,000 sebulan.
“Tempoh waktu saya bekerja ialah selama 12 jam. Rumah disediakan oleh majikan, jumlah kami yang tinggal di kawasan tempat bekerja ialah seramai 60 orang,” katanya.
Misan berkata, sebelum ini gaji yang dibayar kepadanya sebanyak RM800 sebulan, namun setelah bekerja dalam tempoh yang lama gajinya dinaikkan oleh majikan.[Sinar Harian]

hmmmm..
ReplyDeletetanye la bang jib ngn kak mah..