Tuesday, March 29, 2011

Apa yang dok kalut kat KCS La Ni..!!!

Dulu Hampu Pulun Jangan Sambung...La Ni???

http://dir.kedah.gov.my/images/wisma.jpg

Khabarnya seminggu dua ini Dato' Rasli dan sekutunya dalam Persatuan KCS sibuk melobi sana sini untuk sambung perkhidmatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri kedah. Tak payah pergi jauh-jauh, pasang telinga di Cafe Wisma Darul Aman, kalau Man Lengkong, Armishah atau Ghani Hassan ada, itulah tajuk yang dibualkan. Atau pasang telinga di padang-padang golf. Apa lagi boleh dibuat untuk memastikan khidmat SS disambung lagi.

Bukan rahsia lagi kumpulan Dato' Rasli juga sedang memburukkan Dato' Fuad yang disebut-sebut juga akan bergerak ke posisi SS setelah kini menjawat jawatan Pegawai kewangan Negeri. Fuad dikatakan sepupu atau dua pupu dengan Ustaz Azizan dan terpalit kes-kes lama di Sungai Petani.

Dato' Rasli didakwa oleh sesetengah pihak masih setia kepada kerajaan lama Barisan Nasional, khususnya Dato' Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid. Bagi pegawai KCS berpangkat rendah yang lebih junior, Dato' Rasli diketahui mengamalkan kronisme. Pasukan Dato' Rasli terdiri daripada Dato' Azmi Din (SADA), Man Lengkong, Hj Nordin (Sumber manusia), Arminshah (Kerajaan tempatan), Ghani Hassan (PBT KHTP), Aziz Hasan, Hj Ishak UPEN, Dato' Basharudin, dan Rozaina MPSPk.

Masa Syed Unan jadi SS, kumpulan ini juga membuat macam-macam gerakan untuk menamatkan khidmat Syed Unan yang waktu itu disambung sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri. Sekarang lain pula jadinya, mereka pula minta Dato' rasli disambung khidmatnya. Tentu ada sebab-sebab tertentu hingga mereka bersungguh-sungguh mahu Dato' Rasli menjadi nombor satu. Antara sebab yang utama ialah kes pembinaan dewan dan pejabat MPSPk di Sungai Petani yang melibatkan skandal kewangan berjuta ringgit.

Dato' Rasli juga ingin pastikan anak saudaranya Rozaina (YDP MPSPk) dan anaknya yang masih junior dalam KCS terjamin kedudukan dan kenaikan pangkat. Baru-baru ini anak menantunya menerima pingat BCK (walaupun batu setahun agung berkhidmat) yang menimbulkan rasa tak puas hati pegawai sebaya anaknya. menantunya juga menerima pingat itu.

Kalau ada sesiapa yang tahu maklumat lanjut tentang berita ini, bolehlah panjang-panjangkan..... (Dato' Rasli tak dapat dihubungi untuk mengesahkan cerita yang tak perlu pengesahan ini...)

1 comment:

  1. Dato Rosli ada Kes di Langkawi, Sememangnya dia perlu di tamatkan dan di bawa ke SPRM

    Kes ini melibatkan penukaran DO Langkawi yang tidak diketahui oleh YAB Menteri Besar Sendiri.

    Dia di katakan telah berkomlot dengan DO Langkawi untuk mengagih tanah di Satu pulau di Langkawi kepada Kroninya.

    Bukit di Padang Golf tu pun dia buat supaya Tuanku tidak pi naik melawat di atas, kena? Mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan Dato Rasli Basir!

    ReplyDelete