Sunday, March 27, 2011

Inilah jadinya bila mentality bantuan tala kat Kerajaan Negeri..

Syed Sobri sedia jumpa MB Kedah

KUALA NERANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim bersedia berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam masa terdekat bagi menuntut bantuan Kerajaan Negeri kepada kira-kira 80 warga emas, golongan miskin tegar dan pesakit kronik di kawasan sini.

Syed Sobri yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerang berkata, beliau tidak menetapkan tempat pertemuan, bagaimanapun menegaskan ia hanya tertumpu ke arah mendesak Azizan menghulurkan bantuan segera kepada kesemua golongan miskin tegar sebagaimana dijanjikan Kerajaan Negeri dalam janji manifestonya sebelum ini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri bawah Pakatan Rakyat (PR) dilihat seolah membiarkan usaha menjaga kebajikan rakyat terutama di kawasan luar bandar seperti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Nerang dan Padang Terap diserah peranannya kepada agensi Kerajaan Pusat dan ADUN Barisan Nasional (BN).

“Selaku Kerajaan Negeri yang memperjuangkan slogan dan konsep negeri berkebajikan, mereka seharusnya menjadi tonggak utama mengenal pasti dan seterusnya memberi bantuan kepada golongan miskin, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) atau anak yatim yang memerlukan.

“Prinsip pentingnya kebajikan dan keperluan rakyat harus didahulukan tanpa mengira fahaman politik,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian.

Syed Sobri berkata, program E-Sinar yang dilaksanakan Kerajaan Negeri sebelum ini gagal menyelesaikan masalah kemiskinan, terutama di daerah Padang Terap.

“Kalau kita lihat, daerah Padang Terap mempunyai kadar kemiskinan paling tinggi di negeri ini dan sehingga kini, hanya wakil rakyat BN dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja yang bertungkus lumus membantu golongan itu.

“Sekiranya dengan berjumpa Menteri Besar sahajalah baru penduduk kawasan saya dapat menerima bantuan kemiskinan melalui saluran Kerajaan Negeri, saya sedia berjumpa pada bila-bila masa,” katanya.

Sebelum ini, Syed Sobri mendesak JKM untuk mengkaji semula pemberhentian bantuan kepada beberapa penerima di kawasan Kuala Nerang, kerana alasan yang diberikan dianggap tidak munasabah.

admin - meh kawan nak jawab... fungsi kerajaan negeri sebenarnya telah menaikkan sumbangan bantuan dari peruntukan kerajaan negeri melalui JKM inilah yg semua rakyat tak nampak mereka mengharapkan dan mengandaikan bantuan mai dari KOTAK YG ADA GAMBAQ AZIZAN... ini salahnya mentality rakyat kita... kan sebelum nie manikumar dah cerita pengasingan kuasa antara kerajaan negeri, tuanku sultan dan KCS... Jika semua nak lunggok atas kepala Kerajaan Negeri habih intitusi KEBAJIKAN yg ada dalam negara duk nak buat apa..makan gaji buta....

1 comment:

  1. Puak2 UMNO nie memang bodoh yang tak boleh nak diajar...siapa dapat berikan duit dialah Tuhan yang memberikan rezeki...

    ReplyDelete