BUKIT PINANG - Pembinaan beberapa projek perumahan dan naik taraf jalan didakwa menjadi punca kepada masalah banjir kilat di Kampung Darat, Pokok Sena, di sini.
Kampung berkenaan yang dilanda banjir kilat buat kali kedua bagi tempoh 40 tahun, menjadi masalah terbaru penduduk setempat.
Setiausaha Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Bukit Pinang, Mohd Firdaus Salleh berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk dan akan membawa masalah berkenaan ke pengetahuan pihak berkaitan.
Menurutnya, dalam tinjauan wakil PKWR DUN Bukit Pinang bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pinang, Datuk Mohd Roshidi Osman, pihaknya mendapati air tidak mengalir berpunca dari kedudukan kampung yang rendah setelah kawasan sekelilingnya ditambak untuk dimajukan bagi projek perumahan.
“Selain faktor berkenaan, kita juga mendapati faktor seterusnya yang memburukkan lagi keadaan adalah longkang lama di Jalan Langgar ditimbus dan longkang yang dibina baru tidak ada saliran air yang sempurna.
“Sekiranya berlaku hujan lebat yang berpanjangan, air yang mengalir melalui parit akan sampai ke Kampung Darat.
“Air berkenaan tidak dapat dialirkan ke tempat lain dengan sempurna menyebabkan berlakunya banjir kilat,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Firdaus berkata, Kampung Darat juga dikenal pasti sebagai destinasi terakhir kepada punca saliran perparitan.
Menurutnya, pihaknya akan membawa perkara itu ke pengetahuan Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bagi mengenal pasti jalan penyelesaian.
“Wakil rakyat juga turut mendengar masalah dan luahan daripada masyarakat setempat dan setiap aduan akan dikumpulkan serta dibawa berbincang dengan pihak berkaitan,” katanya.
Mohd Roshi menyifatkan masalah seumpama ini boleh dijadikan sebagai contoh pembangunan yang tidak menitikberatkan kesan lain sehingga membawa kerugian dan kesan kepada orang lain.

No comments:
Post a Comment